Syarikat Guangxi Usaha Tembusi Pasaran ASEAN, Manfaatkan E-dagang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 19 September 2025

Tapak acara. Foto ihsan penganjur

Tapak acara. Foto ihsan penganjur

Acara promosi kerjasama terbuka e-dagang (rentas sempadan) Jalan Sutera China-ASEAN 2025 berlangsung di Nanning pada 17 September. Di bawah tema “AI Memperkasakan ASEAN, E-Dagang Jalan Sutera Mencipta Masa Depan”, acara tersebut terus memperdalam sinergi antara China dan ASEAN dalam sektor e-dagang Jalan Sutera.

Zhang Lei, pengurus saluran Made-in-China.com, menjelaskan bahawa pihaknya bersama-sama Jabatan Perdagangan Guangxi sebagai rakan kongsi, telah melancarkan “Zon Atas Talian Jalur Industri E-Dagang Rentas Sempadan Bercirikan Guangxi”. Zon berkenaan memfokuskan kelebihan industri-industri tempatan misalnya perkilangan jentera, pemprosesan makanan, barangan rumah, dan bahan tenaga.

“Khususnya berkaitan pasaran ASEAN, kami akan membantu syarikat Guangxi mendekati pembeli dari ASEAN dengan lebih efisien melalui promosi multibahasa serta sesi suai kenal untuk tujuan pemerolehan secara dalam dan luar talian,” ujar Zhang Lei.

Video

Berita Berkaitan