Kapal Terakhir Misi GSF Dipintas Israel

(CRI)Sabtu 04 Oktober 2025

Kapal Marinette iaitu kapal terakhir misi Global Sumud Flotilla (GSF) bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin, dipintas oleh tentera laut Israel pada pagi Jumaat.

Misi GSF kali ini disertai kira-kira 500 orang sukarelawan dari lebih 40 negara, dengan melayarkan hampir 50 buah kapal menuju ke Gaza.

Dengan membawa bantuan kemanusiaan, konvoi kapal berkenaan cuba memecahkan sekatan laut yang dikenakan ke atas Gaza oleh pihak Israel.

Video

Berita Berkaitan