Delegasi Hamas Tiba di Mesir

(CRI)Isnin 06 Oktober 2025

Delegasi yang diketuai pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya telah tiba di Mesir untuk mengadakan rundingan tidak langsung dengan Israel.

Menurut jabatan keselamatan Mesir, rundingan berkenaan dijadual berlangsung pada Isnin di bandar Sharm El Sheikh yang terletak di pesisir pantai Laut Merah.

Selaku pihak pengantara, Mesir akan mengadakan pertemuan dengan delegasi Hamas terlebih dahulu sebelum berbincang bersama delegasi Israel.

Video

Berita Berkaitan