- Lain-lain
Jaringan Penghantaran Bungkusan Bolehkan Pengembara Manfaatkan Percutian Sepenuhnya
Semasa tempoh percutian ‘minggu emas super’ sempena Hari Kebangsaan dan Pesta Kuih Bulan yang baru sahaja melaburkan tirainya, jutaan pengembara dapat melakukan perjalanan masing-masing dengan lebih ringan dari sudut barangan yang dibawa bersama.
Dengan jaringan penghantaran bungkusan yang semakin pesat berkembang, pengembara telah memilih untuk membawa pulang cenderamata dan produk istimewa yang dibeli menerusi perkhidmatan kiriman pantas. Malah, bungkusan yang dikirim mampu tiba lebih awal daripada pengembara itu sendiri.
Menurut Biro Pos Negara, industri kurier dan pos negara telah mengendalikan sejumlah 7.23 bilion bungkusan semasa tempoh percutian selama lapan hari itu, sekali gus mengekalkan operasi yang stabil tatkala penggunaan percutian dan pelancongan yang kian meningkat.
Difahamkan, volum bungkusan harian secara puratanya dicatatkan melebihi 900 juta, secara tidak langsung memperlihatkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna, selain mempamerkan daya hidup ekonomi percutian di China.
Liu Jiang, pengarah di jabatan perancangan strategik Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Biro Pos Negara berkata bahawa dalam tempoh percutian yang tamat pada Rabu itu, sektor kurier telah memperdalam penyepaduan penggunaan dalam dan luar talian, selain mengembangkan format perniagaan, iaitu daripada perdagangan dan pelancongan kepada budaya, sukan dan kesihatan, sambil menyokong inovasi dalam penggunaan yang pelbagai senario.
Lapor biro itu lagi, syarikat kurier telah menggunakan model baharu iaitu ‘penghantaran ekspres + pelancongan dan pelancongan’, selain turut menyediakan cawangan perkhidmatan, kotak perkhidmatan kendiri dan almari penyimpan pintar di stesen kereta api, lapangan terbang, hotel dan kawasan pemandangan.
Di destinasi popular seperti Kashgar di Wilayah Xinjiang, Sanya di Provinsi Hainan dan Lhasa di Wilayah Xizang, penghantaran produk istimewa tempatan melonjak tinggi dalam tempoh percutian itu. Berganding bahu bersama-sama dengan penjual tempatan, syarikat kurier telah membantu dalam mencipta kitaran penggunaan ‘melancong-beli-hantar’. Di kawasan pemandangan seperti Tasik Qiandao di Hangzhou, Pulau Gulangyu di Xiamen dan Jalan Beijing di Guangzhou, kedai kurier yang bertema dan almari penyimpan barangan disediakan untuk keperluan pelancong yang ingin menghantar bagasi dan cenderamata.
Seorang penduduk Beijing iaitu Li Jing yang mengembara bersama keluarganya ke Provinsi Shanxi dalam perkongsiannya menyatakan bahawa beliau telah membeli beberapa produk istimewa tempatan sebagai hadiah buat sahabat dan rakan sekerjanya.
“Bungkusan tersebut tiba di rumah pada hari yang sama kami tiba. Perkhidmatan kurier kini benar-benar memudahkan,” ujarnya.
Sebelum tempoh percutian itu bermula, penghantaran barangan perayaan yang popular termasuk kuih bulan, ketam berbulu, makanan laut, daging dan buah-buahan segar telah menyaksikan satu lonjakan. Bagi menjamin kesegaran dan kecekapan, banyak syarikat menambah tempat pengumpulan dan gudang rantaian sejuk di provinsi seperti Guangdong, Guizhou, Jiangsu dan Hubei, sekali gus membolehkan barangan dihantar terus dari tempat pengeluaran. Mereka juga mengoptimumkan laluan utama, meningkatkan kapasiti pengangkutan udara, dan menyelaraskan sumber pengangkutan secara dinamik.
Menurut biro itu, sektor pos dan kurier China telah terus meningkatkan kapasiti perkhidmatan dan memperdalam penyepaduan antara industri kebudayaan dan pelancongan. Dengan menginovasikan senario penggunaan yang pelbagai, ia menyuntik tenaga baharu ke dalam ekonomi percutian dan menyokong pertumbuhan penggunaan yang stabil.
- China Umum 19 Pangkalan Logistik Rantaian Sejuk Baharu
- Logistik Sosial China Catat 115.3 Trilion Yuan Pada Empat Bulan Pertama 2025
- Dron Kargo China buat Penerbangan Sulung
- Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
- Kos Logistik Sosial China 2024 Catat Penjimatan Lebih RMB400 Bilion
- Aktiviti Logistik China Untuk 2024 Direkodkan Tertinggi Pada Disember
- Sektor Logistik China Catat Prestasi Kukuh
- China Rangka Langkah Kurangkan Kos Logisitik Sosial
- Indeks Kemakmuran Industri Logistik China Catat 51.5%
- Faktor Cuaca Tidak Menentu Pada Julai Tidak Jejaskan Sektor Logistik China