- Lain-lain
China Saran Komuniti Antarabangsa Tingkatkan Sinergi, Cepatkan Pembangunan Wanita
Presiden China Xi Jinping mengingatkan komuniti antarabangsa agar meningkatkan sinergi, meluaskan jalan ke depan dan mengambil lebih banyak tindakan konkrit demi mempercepat pembangunan wanita secara menyeluruh.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Sidang Kemuncak Wanita Sedunia di Beijing, pada Isnin.
Sehubungan dengan itu, beliau turut mengemukakan beberapa cadangan untuk mempercepat pembangunan wanita, di samping mengumumkan langkah-langkah untuk menyokong pembangunan wanita di peringkat global.
Wakil-wakil dari pelbagai negara yang hadir pada sidang kemuncak kali ini menyatakan bahawa cadangan dan saranan pihak China telah menggariskan hala tuju untuk proses pembangunan wanita dan menjadi teladan bagi negara-negara lain.
Pengarah wilayah UN Women di rantau Asia Pasifik, Christine Arab berpendapat bahawa komitmen oleh Presiden Xi adalah bersandarkan tindakan konkrit, sekali gus menjadi teladan yang patut dicontohi oleh kerajaan-kerajaan lain.
Presiden Xi mengumumkan bahawa China akan menyediakan peruntukan dana sebanyak AS$100 juta untuk Tabung Pembangunan Global dan Kerjasama Selatan-Selatan, bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk mempromosikan projek pembangunan wanita dan kanak-kanak perempuan, serta menubuhkan Pusat Pembinaan Kemampuan Wanita Global untuk membantu pembinaan kemampuan negara-negara berkaitan.
Christine Arab berpendapat bahawa komitmen China tersebut amat signifikan dan patut diberi pujian tinggi.
- Sorotan Ucapan Presiden Xi Jinping Semasa Upacara Pembukaan Mesyuarat Pemimpin Global untuk Wanita
- Video Muzik: Kembang Mekar di Tanah China
- Xi Sampaikan Ucaptama pada Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing
- China Majukan Lagi Pemerkasaan Wanita, Berusaha ke Arah Kemajuan Global
- Setiap Wanita Mempunyai Potensi Menyerlah Dalam Bidang Masing-Masing
- Petikan Wacana Xi mengenai Kaum Wanita Diterbitkan dalam Bahasa Asing
- Presiden China Bakal Sampaikan Ucaptama Dalam Sidang kemuncak Wanita Sedunia
- Xi Bakal Hadir Perasmian Sidang Kemuncak Wanita Global
- China Seru Sinergi Galak Usaha Pemerkasaan Wanita
- Kertas Putih "Pencapaian China dalam Pembangunan Wanita Era Baharu" Diterbitkan