"Setiap Wanita Bintang dalam Perjalanan Modenisasi Ala China"

(CRI)Selasa 14 Oktober 2025

Sidang Kemuncak Wanita Sedunia telah dirasmikan di Beijing pada Isnin. Presiden China Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian menekankan bahawa golongan wanita telah memainkan peranan yang signifikan dalam pembinaan modenisasi ala China dan menyifatkan setiap wanita sebagai 'bintang'.

Sempena sidang kemuncak tersebut diadakan, Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) telah melancarkan tinjauan pendapat umum di platform Internet, diikuti 7,292 responden dari 38 negara.

Mereka berpendapat bahawa golongan wanita merupakan tenaga penting dalam usaha mendorong pembangunan masyarakat dan ekonomi. Mereka juga memuji falsafah dan kejayaan pembangunan kaum wanita di China.

Menurut keputusan tinjauan tersebut, sebanyak 74.9 peratus responden memberikan perhatian terhadap topik mengenai wanita dan kadar tersebut lebih tinggi di negara-negara membangun iaitu 80.9 peratus.

Sementara itu, sebanyak 72.8 peratus responden dari negara-negara membangun memberikan pujian tinggi terhadap usaha China yang menyediakan latihan kemahiran kepada golongan wanita dan menyokong pembangunan kaum wanita.

Video

Berita Berkaitan