Forum Makanan Sedunia 2025 Buka Tirai di Rome

(CRI)Selasa 14 Oktober 2025
Forum Makanan Sedunia 2025 Buka Tirai di Rome

Forum Makanan Sedunia 2025 yang dianjurkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuka tirai di Rome, ibu negara Itali pada Isnin.

Forum yang berlangsung kali ini bertepatan sempena ulang tahun ke-80 FAO.

Para pemimpin, pegawai, dan wakil dari pelbagai negara berkumpul untuk membincangkan strategi bagi menggalakkan transformasi sistem makanan global.

Forum yang bertemakan "Bersatu Memartabatkan Kepelbagaian Kulinari, Bersama Mencipta Masa Depan Lebih Baik" akan menyaksikan pertukaran dan kerjasama mengenai isu-isu termasuk keselamatan makanan, perubahan iklim, dan inovasi sains dan teknologi.

Dalam majlis perasmian, Ketua Pengarah FAO, Qu Dongyu berkata makanan adalah asas dalam kehidupan, budaya, dan hak asasi manusia.

Menurut data FAO, masih terdapat kira-kira 673 juta orang di seluruh dunia menghadapi kebuluran, 2.3 bilion orang berada dalam keadaan tidak selamat dari segi makanan, dan 2.6 bilion orang tidak mampu menanggung kos diet yang sihat.

Qu Dongyu menyeru semua pihak berganding bahu memacu transformasi pertanian dan sistem makanan global melalui inovasi dan kerjasama, demi menjamin keselamatan makanan sejagat dan masa depan yang mapan.

Video

Berita Berkaitan