Lada Sichuan Jadi Industri Kini Industri Utama di Gansu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 15 Oktober 2025

Terletak di bahagian tenggara Provinsi Gansu, daerah Wudu di bandar Longnan, tempat bertembungnya tiga provinsi iaitu Gansu, Sichuan, dan Shaanxi, menikmati iklim yang sederhana, musim yang unik, serta cahaya matahari dan sumber air yang melimpah ruah. Ia juga merupakan kawasan utama China dalam penanaman lada Sichuan dan salah satu asal usul tradisional.

“Lada kami berkualiti tinggi dan laris dijual dengan begitu mudah. Ramai pelanggan sebenarnya menemui (lada Sichuan) dalam platform e-dagang,” ujar Wang Kai, pengerusi Syarikat Gansu Hengduo Agricultural Technology.

Selepas bertahun-tahun berada dalam industri e-dagang, Wang kini memfokuskan untuk membawa produk pertanian istimewa kampung halamannya yang jauh di pergunungan, dan disajikan di atas meja makan di serata China.

Foto memperlihatkan lada Sichuan yang dihasilkan di daerah Wudu, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat daya China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Foto memperlihatkan lada Sichuan yang dihasilkan di daerah Wudu, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat daya China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Melihat ke hadapan, beliau menambah bahawa pihaknya akan melabur lebih banyak dalam pengeluaran yang berpiawaian serta menaik taraf produk dan pembungkusan agar ia boleh mencapai lebih banyak pasaran.

Hari ini, daerah Wudu menerajui negara dalam lima metrik utama iaitu kawasan penanaman lada Sichuan, output, nilai keseluruhan, kualiti dan pendapatan petani daripada penanaman. Daerah itu telah menjadi pangkalan penanaman lada Sichuan berkualiti tinggi terbesar di China dan hab negara dalam pembangunan dan penyelidikan, pengagihan, pertukaran maklumat dan penetapan harga.

Wudu ketika ini menempatkan lapan pangkalan pengeluaran lada Sichuan, dengan setiap satunya berkeluasan lebih 10,000 mu (sekitar 666.67 hektar), dan 108 pangkalan melebihi 1,000 mu, meliputi 650 kampung dalam37 perbandaran, pekan dan bandar kecil.

Foto menunjukkan lada Sichuan dipamerkan di dewan ekspo industri lada Sichuan di daerah Wudu, bandar Longnan, Provinsin Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Foto menunjukkan lada Sichuan dipamerkan di dewan ekspo industri lada Sichuan di daerah Wudu, bandar Longnan, Provinsin Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Pada 2025, output lada Sichuan di Wudu secara keseluruhannya mencapai 34,500 tan. Lada berkualiti tinggi dijual di serata China dan dieksport ke lebih daripada 20 negara dan wilayah termasuk Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

Pada 2024, dewan ekspo industri lada Sichuan dibuka di Wudu. Sebagai satu-satunya dewan pameran di China yang dikhususkan untuk industri lada Sichuan, ia menampilkan sejarah tanaman itu, warisan kebudayaan, teknik penanaman dan pemprosesan, serta praktik pemasaran.

Dewan itu menggabungkan pameran, pendidikan dan pengalaman peribadi untuk memperlihatkan teknologi terkini sektor itu, model perniagaan dan produk, sekali gus menjadikan ia sebagai platform penting untuk kerjasama dan pertukaran industri.

Foto memaparkan produk lada Sichuan yang dipamerkan di daerah Wudu, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Foto memaparkan produk lada Sichuan yang dipamerkan di daerah Wudu, bandar Longnan, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Bagi mengembangkan rantai perindustriannya, Wudu telah membangunkan produk lada Sichuan yang pelbagai, merangkumi daripada minyak lada, tunas lada, serbuk lada, dan lada Sichuan kering untuk menginovasikan terbitan seperti lilin haruman lada, minyak wangi, minyak zaitun lada dan sabun lada.

Video

Berita Berkaitan