China Cadang Tiga Usul Untuk Reformasi Struktur PBB

(CRI)Khamis 16 Oktober 2025

China mengambil serius laporan reformasi struktur yang dikemukakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mengkaji laporan tersebut dengan teliti.

Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong ketika berucap pada majlis Inisiatif Reformasi Ulang Tahun ke-80 PBB (UN80), telah mengemukakan tiga cadangan awal bagi memastikan perlaksanaan reformasi tersebut berjalan dengan berkesan dan menyeluruh.

Pertama, membuat persiapan mencukupi dan menjalankan perbincangan meluas sebelum melakukan sebarang bentuk reformasi.

Kedua, reformasi perlu berpaksikan kepada arah yang betul dimana pendekatan reformasi di setiap rantau perlu disesuaikan dengan keadaan sebenar dan tahap pembangunan masing-masing.

Dan ketiga, mengutamakan keberkesanan pembaharuan.

Video

Berita Berkaitan