- Lain-lain
China dan Perancis Adakan Dialog Strategik di Hangzhou

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Wang Yi mengadakan dialog strategik China-Perancis sesi ke-27 dengan Penasihat Hal Ehwal Luar Presiden Perancis, Emmanuel Bonne di Hangzhou pada Rabu.
Dalam sesi tersebut, Wang berkata China bersedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Perancis, memperdalam kepercayaan strategik dan mendorong kerjasama dalam semua aspek.
Beliau turut menyatakan bahawa Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC yang bakal diadakan, akan meneliti Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030), yang dijangka membuka lebih banyak peluang kerjasama dengan Perancis.
Wang berharap kedua-dua pihak terus memperkasakan kerjasama dalam bidang tradisional, aktif mencari peluang kerjasama dalam bidang baharu, dan giat meneroka kerjasama di peringkat daerah.
Wang menambah China bersedia meningkatkan penyelarasan pelbagai hala dengan Perancis di bawah kerangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Sementara itu, Bonne menyatakan bahawa Perancis mengamalkan dasar Satu China, berdasarkan semangat kesaksamaan dan saling menguntungkan serta komited meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, tenaga nuklear bagi kegunaan awam, sains dan teknologi serta tenaga alternatif.
Perancis juga menentang sebarang bentuk perang perdagangan dan menentang perlawanan antara kem yang berlainan.
Dalam pada itu, Wang menyatakan hubungan China-Eropah seharusnya berteraskan kerjasama dan dalam posisi perkongsian strategik.
Justeru beliau berharap Perancis mendorong Kesatuan Eropah agar mengekalkan kemandirian dari segi strategi, dan membina pemahaman yang betul tentang China.
Sebagai respon, Bonne menyatakan kesediaan Perancis untuk memainkan peranan yang aktif dalam mempertingkat dialog dan kerjasama antara China dan Eropah.
- Penasihat Hal Ehwal Luar Presiden Perancis Dijadual Lawat China
- Perancis Akan Iktiraf Negara Palestin pada Sidang PBB September Ini
- China, Perancis Perlu Gabung Tenaga Pelihara Orde Antarabangsa: Xi
- Pegawai Tertinggi China, Perancis dalam bidang Ekonomi Bincang Kerjasama
- Naib PM China Bakal Lawat Switzerland dan Perancis
- PM China Terima Kunjungan Menteri Luar Perancis
- Wang Yi Bincang Bersama Menteri Luar Perancis
- China, Perancis Sedia Kukuh Koordinasi, Tegakkan Amalan Multilateral
- China dan Perancis Adakan Dialog Strategik di Beijing
- China Alu-alukan Syarikat Perancis Terus Pelopori Pasaran Domestiknya




