Setiausaha Agung PBB Sambut Baik Gencatan Senjata Sementara Afganistan-Pakistan

(CRI)Jumaat 17 Oktober 2025

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyambut baik gencatan senjata sementara yang dicapai antara Afganistan dan Pakistan, kata jurucakapnya Stéphane Dujarric pada Khamis.

Dujarric berkata, maklumat terkini menunjukkan, sekurang-kurangnya 17 penduduk awam maut manakala 346 lagi cedera di pintu sempadan Spin Boldak provinsi Kandahar di selatan Afghanistan.

Sebelum itu, konflik rentas sempadan yang berlaku di wilayah Paktika, Patkya, Kunar, dan Helmand di Afghanistan telah mengakibatkan kematian atau kecederaan sekurang-kurangnya 16 orang penduduk awam.

Kumpulan bantuan PBB bagi Afghanistan akan terus memantau perkembangan situasi dan menilai jumlah sebenar kematian dan kecederaan.

Konflik bersenjata berskala kecil terus berlaku di kawasan sempadan Afghanistan dan Pakistan baru-baru ini.

Kedua-dua negara tersebut masing-masing mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan gencatan senjata selama 48 jam pada Rabu.

Dilaporkan gencatan senjata kini telah berkuatkuasa.

Video

Berita Berkaitan