- Lain-lain
AS Sekali Lagi Guna Kuasa Veto Halang Resolusi Isu Gaza
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong meluahkan kekecewaan China terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sekali lagi menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang resolusi berhubung isu Gaza dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat waktu tempatan.
Di dalam ucapannya selepas sesi pengundian tersebut, beliau mengeluarkan tiga persoalan iaitu "Berapa banyak lagi nyawa manusia tidak berdosa yang akan terkorban sebelum gencatan senjata dapat dicapai di Gaza? Berapa banyak lagi tragedi berdarah yang akan berlaku sebelum bantuan dapat disalurkan tanpa halangan? dan Berapa lama lagi perlu ditunggu sebelum Majlis Keselamatan PBB dapat menunaikan tanggungjawabnya?".
Fu menegaskan bahawa usaha masyarakat antarabangsa untuk memperjuangkan keadilan tidak akan berhenti.
Katanya, China akan terus berusaha bersama masyarakat antarabangsa untuk mendorong supaya konflik di Gaza dihentikan, mengurangkan bencana kemanusiaan, melaksanakan "penyelesaian dua negara" dan akhirnya mencapai penyelesaian yang menyeluruh, adil dan berkekalan dalam isu Palestin.
- China Gesa Israel Hentikan Serangan di Gaza
- AS, Negara 'Kaki Perang'
- Defisit Perdagangan AS Melonjak kepada USD78.3 Bilion pada Julai, Lepasi Jangkaan Pasaran
- China Gesa Israel Segera Hentikan Tindakan Kekerasan di Gaza
- Lebih 500 Petugas Kemanusiaan Maut di Gaza
- Setiausaha Agung PBB Kutuk Serangan Israel di Gaza Ragut Nyawa Wartawan
- Kabinet Keselamatan Israel Lulus Cadangan Netanyahu Hapuskan Hamas
- China Gesa Israel Hentikan Tindakan Berbahaya, Seru Gencatan Senjata Segera di Gaza
- IFRC Kutuk Serangan Menyasar Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza
- Kadar Tarif AS Capai Tahap Tertinggi Sejak 1934