- Lain-lain
Tinjauan Pendapat Umum CGTN mengenai Siang Pleno Ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC
Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Universiti Renmin China menerusi Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa pada Era Baharu telah melancarkan satu tinjauan pendapat umum terhadap 47,000 responden secara kumulatif di 46 buah negara untuk tiga tahun berturut-turut.
Menurut keputusan pada tahun 2025, 89.5 peratus responden memuji kekuatan ekonomi China, yang diiktiraf oleh lebih 90 peratus responden di bawah usia 44 tahun.
Selain itu, sebanyak 89.3 peratus memuji pertumbuhan ekonomi China pada kadar yang tinggi, dan 86.4 peratus mengakui sumbangan signifikan China terhadap ekonomi dunia, dengan 95.6 peratus di Afrika, 92.9 peratus di Amerika Selatan dan dan 85.6 peratus di Asia.
Sementara itu, 72.6 peratus menganggap China pasaran terbuka dan kompetitif, dan 79.8 peratus berpendapat pasaran itu menyediakan peluang penting kepada negara mereka.
Terdapat juga 79.8 peratus menyifatkan persekitaran perdagangan China sangat menarik bagi pelabur asing, dan 78 peratus menganggap negaran mereka mendapat banyak manfaat dari perdagangan dengan China.
- Tinjauan: Sumbangan China terhadap Ekonomi Dunia Dipuji Responden Global
- China Rekod Pertumbuhan Penggunaan yang Stabil Pada Cuti Minggu Emas Super 2025
- AMRO Naikkan Unjuran Ekonomi Serantau 2025
- Peruntukan Kewangan China untuk R&D 2024 Naik 8.9%
- Ekonomi China Berdaya Tahan Pada Separuh Pertama 2025
- JD.com Ungguli Carta 500 Firma Swasta Terbesar China
- Kedai Fizikal Barangan Terpakai di China Kini Semakin Popular
- Sesi Jawatankuasa Pusat PKC Rangka Hala Tuju Ekonomi China bagi Separuh Kedua 2025
- Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Cadangan Berkaitan Kerja Ekonomi
- Sorotan Laporan Separuh Tahun Ekonomi China 2025
 
				 
			




