- Lain-lain
FYP ke-15 China Jadi Tumpuan Dunia
Usaha kerajaan China merencanakan pelan pembangunan sosioekonomi bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang dikenali Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.
Media asing melaporkan, China komited memperkasa pembangunan berkualiti tinggi sekali gus membawa peluang besar kepada dunia.
Artikel disiarkan melalui laman web jurnal Britain, The Economist menyebut bahawa pelan berkenaan mencakupi pelbagai bidang termasuk pembuatan canggih dan pembangunan hijau, sepadan dengan status China sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dunia.
Menurut artikel itu, China berjaya muncul sebagai peneraju dalam bidang kenderaan elektrik (EV) dan kini menumpukan kepada industri yang lebih futuristik seperti robot humanoid dan pengkomputeran kuantum.
Laporan diterbitkan menerusi laman web akhbar Pakistan Observer pula menunjukkan, seiring dengan pelaksanaan FYP ke-15 China, usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pembangunan untuk negara-negara terlibat, antaranya termasuk kesalinghubungan, penaiktarafan infrastruktur, transformasi digital dan lain-lain.
- Apakah Rancangan Lima Tahun di China?
- China Capai Tahap Tertinggi Pengeluaran dan Keselamatan Makanan Sepanjang FYP ke-14
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Berlangsung Hujung Oktober
- China Lakar Pencapaian dalam Pembangunan Infrastruktur Tali Air
- Xi Mahu Keterlibatan Aktif Rakyat dalam Penyusunan FYP ke-15
- FYP ke-14: China Rekod Pelaburan Asing AS$700 bilion