Cuba Bantah Tindakan AS Campur Tangan Hal Ehwal Colombia

(CRI)Selasa 21 Oktober 2025

Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel Bermudez mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial pada Isnin, memberi sokongan teguh kepada Presiden Colombia, Gustavo Petro, di samping mencela tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang campur tangan dalam hal ehwal dalaman Colombia.

Hubungan antara AS dan Colombia menjadi tegang baru-baru ini berikutan tindakan tentera AS melancarkan serangan terhadap sebuah kapal Colombia di kawasan perairan bebas dan menembak mati tiga individu pada 17 Oktober lalu, dengan alasan untuk "membanteras jenayah dadah".

Susulan itu, Presiden AS Donald Trump menyebut Gustavo Petro sebagai "ketua sindiket dadah", selain mengumumkan akan memberhentikan bantuan kepada Colombia dan meningkatkan tarif terhadap negara itu.

Video

Berita Berkaitan