Syarikat Senjata AS Catat Untung Berlipat Ganda dari Konflik Palestin-Israel dan Ukraine-Rusia

(CRI)Rabu 22 Oktober 2025

Syarikat pembuat senjata Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin dan Raytheon Technologies pada Selasa meramalkan bahawa mereka akan meraih peningkatan keuntungan besar pada suku keempat tahun ini.

Situasi itu didorong oleh lonjakan permintaan senjata daripada konflik Israel-Palestin dan Rusia-Ukraine.

Menurut sumber, Lockheed Martin telah memperoleh kontrak daripada Pentagon, melibatkan 296 buah jet pejuang F-35 bernilai USD12.5 bilion.

Video

Berita Berkaitan