Terus Yakin, Maju Ke Hadapan Dengan Keazaman

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 24 Oktober 2025

KDNK China bertumbuh sebanyak 5.2 peratus dari tahun ke tahun buat tiga suku pertama 2025, dengan kadar pertumbuhan lebih tinggi berbanding sepanjang tahun lepas, dan tempoh sama tahun lepas.

Turut difahamkan bahawa pengeluaran, jualan, serta import dan eksport kesemuanya menyaksikan pertumbuhan yang stabil.

Memetik laporan suku ketiga yang baru diterbitkan, ekonomi China menunjukkan banyak faktor positif, sekali gus mendorong keyakinan seiring dengan Pelan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025) yang bakal mengucapkan selamat tinggal tidak lama lagi.

Foto sudut udara ini memperlihatkan sebuah kapal kargo yang dibantu oleh kapal tunda untuk berlabuh di satu terminal kontena di Pelabuhan Qingdao di Provinsi Shandong, timur China pada 20 Oktober 2025. Data daripada Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan KDNK China bertumbuh 5.2 peratus dari tahun ke tahun pada tiga suku pertama tahun 2025. (Xinhua/Yu Fangping)

Foto sudut udara ini memperlihatkan sebuah kapal kargo yang dibantu oleh kapal tunda untuk berlabuh di satu terminal kontena di Pelabuhan Qingdao di Provinsi Shandong, timur China pada 20 Oktober 2025. Data daripada Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan KDNK China bertumbuh 5.2 peratus dari tahun ke tahun pada tiga suku pertama tahun 2025. (Xinhua/Yu Fangping)

Kesederhanaan momentum pertumbuhan semasa suku ketiga wajar dilihat secara rasional.

Dari satu sudut, kadar pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus pada suku ketiga kekal tinggi berbanding kebanyakan negara-negara ekonomi utama, selain turut mengambil kira faktor penting iaitu saiz ekonomi China yang begitu besar.

Dari satu sudut lain, trend struktur turut menunjukkan kemajuan yang sedang berlangsung iaitu landskap industri sedang dioptimumkan dan dinaik taraf, permintaan pengguna sedang dimanfaatkan dengan stabil, perdagangan dan pelabuhan asing semakin lebih stabil dan berkualiti tinggi, serta beberapa petunjuk berfrekuensi tinggi dan terkemuka juga menunjukkan petanda ekonomi yang positif.

Kesemua fakta tersebut menunjukkan ekonomi China kekal pada trajektori yang sedang bertambah baik dan stabil secara keseluruhannya.

Prestasi ekonomi China yang menggalakkan pada tiga suku pertama tahun ini telah menyediakan asas kukuh untuk mencapai matlamat pembangunan pada tahun ini. Namun begitu, adalah penting untuk semua pihak agar tidak terlepas pandang terhadap ketidaktentuan luaran yang pelbagai serta hakikat bahawa pemulihan domestik pada tahun ini masih memerlukan penyatuan yang lebih kuat.

Melangkah ke hadapan, semua jabatan dan wilayah perlu sebulat suara bertekad untuk melaksanakan keputusan dan perancangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC). Mereka perlu membuat pelarasan balas kitaran, meneruskan usaha untuk mengembangkan permintaan domestik dan memperkukuh kitaran ekonomi tempatan, mengamalkan langkah yang pelbagai untuk memupuk ekosistem industri bertaraf dunia, selain mempromosi pembangunan berkualiti tinggi menerusi tindak yang berkesan dan proaktif.

Video

Berita Berkaitan