- Lain-lain
Ekonomi China Terus Berkembang Kukuh
Ekonomi China terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tiga suku pertama 2025 berkembang sebanyak 5.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Jurucakap Biro Statistik Negara (NBS) Fu Linghui berkata kadar pertumbuhan itu antara yang tertinggi dalam kalangan entiti ekonomi utama dunia, sekali gus memperlihatkan ekonomi China kekal sebagai sumber penting pertumbuhan global.
Data NBS menunjukkan dalam tiga suku pertama, nilai tambah industri pembuatan berteknologi tinggi meningkat 9.6 peratus dari tahun ke tahun.
Dalam pada itu, hasil pengeluaran peralatan percetakan 3D, robot perindustrian dan kenderaan tenaga baharu (NEV) masing-masing menokok 40.5 peratus, 29.8 peratus dan 29.7 peratus, menjadikannya enjin utama pertumbuhan sektor perindustrian.
Untuk tempoh sama, transformasi industri tradisional China terus digerakkan secara menyeluruh, menyaksikan pelaburan dalam industri pembuatan meningkat sebanyak 4 peratus.
Menurut Fu, pelaburan berkenaan lebih memfokuskan kepada penaiktarafan industri tradisional serta peralatan berteknologi tinggi.
"Sejak awal tahun ini, sektor seperti pembuatan automotif, kapal dan peralatan pengangkutan telah mengekalkan pertumbuhan pesat dan ia turut mencerminkan trend penaiktarafan sektor perindustrian China," kata beliau.
- Tinjauan Pendapat Umum CGTN mengenai Siang Pleno Ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC
- Sorotan Laporan Separuh Tahun Ekonomi China 2025
- Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Cadangan Berkaitan Kerja Ekonomi
- Sesi Jawatankuasa Pusat PKC Rangka Hala Tuju Ekonomi China bagi Separuh Kedua 2025
- Kedai Fizikal Barangan Terpakai di China Kini Semakin Popular
- JD.com Ungguli Carta 500 Firma Swasta Terbesar China
- Peruntukan Kewangan China untuk R&D 2024 Naik 8.9%
- AMRO Naikkan Unjuran Ekonomi Serantau 2025
- China Rekod Pertumbuhan Penggunaan yang Stabil Pada Cuti Minggu Emas Super 2025
- Tinjauan: Sumbangan China terhadap Ekonomi Dunia Dipuji Responden Global
- Ekonomi China Berdaya Tahan Pada Separuh Pertama 2025
- Entiti Baru Muncul di Asia Kekal Pemacu Ekonomi Global: IMF
- KDNK China Naik 4.8% dalam Tiga Suku Pertama 2024
- KDNK China Tumbuh 5 Peratus, Capai Sasaran Tahunan
- Perbelanjaan R&D China Naik 8.3 Peratus pada 2024
- KDNK China Melonjak 5% pada 2024
- KDNK China Sekitar 5% Bagi 2025
- KDNK China Tumbuh 5.4 Peratus Suku Pertama
- KDNK China Catat Pertumbuhan Stabil 5.3 Peratus pada Separuh Pertama 2025
- China Rekod Pertumbuhan KDNK 5.3 Peratus Separuh Pertama 2025, Pamer Momentum Kukuh, Berdaya Tahan




