- Lain-lain
Mengapa China Berjaya Jadi Sebuah Negara Pandang ke Hadapan

Foto memperlihatkan sebuah terminal kontena kawasan pelabuhan Nansha di pelabuhan Guangzhou, Provinsi Guangdong, selatan China. (Foto oleh Lyu Huadang)
Tanggal 23 Oktober 2025, sesi pleno keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) melabuhkan tirainya dengan jayanya. Komuniti antarabangsa turut mengikut rapat sesi tersebut, dan mengiktiraf kepentingan global rangka kerja rancangan lima tahun China yang semakin berkembang.
Keyakinan dunia bahawa China akan terus berfungsi sebagai penstabil utama dan menjadi sebuah enjin pertumbuhan untuk ekonomi global juga terus berada pada tahap yang tinggi.
Amalan PKC untuk melaksana dan memformulakan rancangan lima tahun secara saintifik mencerminkan satu asas dalam pendekatan tadbir urusnya. Rancangan tersebut menawarkan pandangan kritikal terhadap laluan pemodenan China untuk komuniti antarabangsa.

Pekerja memenuhi pesanan antarabangsa di sebuah bengkel pintar milik pengeluar tayar di Suqian, Provinsi Jiangsu. (Foto oleh Xu Jiangkai)
Sejak pelancaran Pelan Lima Tahun (FYP) yang pertama pada 1953, China telah menjalani transformasi daripada sebuah negara pertanian miskin kepada hab pembuatan terbesar dunia dan negara ekonomi yang kedua terbesar.
Seiring dengan tempoh FYP ke-14 (2021-2025) yang berakhir pada tahun ini, trajektori tersebut menunjukkan bagaimana FYP yang bersilih-ganti telah memajukan pemodenan China dengan sistematik. Pada peringkat global, rancangan tersebut telah diiktiraf sebagai rangka kerja yang bernilai bagi negara-negara lain untuk mempelajari model pembangunan China.
Semasa tempoh FYP ke-14, China mengharungi keadaan antarabangsa yang penuh bergolak dan pembaharuan domestik sambil menangani risiko-risiko utama. Ia mengubah pembangunan berkualiti tinggi kepada kuasa penstabil tatkala mendepani ketidaktentuan global.
Difahamkan, ekonomi China diunjurkan untuk bertumbuh sebanyak RMB35 trilion (AS$4.93 trilion) dalam tempoh lima tahun, dengan KDNK per kapita melangkaui AS$13,000 untuk dua tahun berturut-turut, sekali gus meletakkan negara itu dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi.
China juga telah mengekalkan kedudukannya sebagai negara pembuatan terbesar di dunia untuk 15 tahun berturut-turut, dan menyumbang sekitar 30 peratus daripada pertumbuhan ekonomi global setiap tahun.
Di persimpangan ketidakstabilan global pada hari ini, China kekal fokus terhadap keutamaan pembangunannya. Dengan menyepadukan cita-cita pemulihan semula negara dengan dinamik global yang baru muncul, ia menyuntik lagi elemen kepastian menerusi tadbir urus yang konsisten.

Foto menunjukkan bangunan mercu tanda di Lujiazui, Shanghai. (Foto oleh Wang Chu)
Bagi pemerhati di seluruh dunia, mereka melihat sidang pleno tersebut sebagai mesyuarat yang akan membentuk pasaran global dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan menyifatkan pengaturan institusi sedemikian membolehkan China memajukan pembangunan negara dengan cekap dan mencapai matlamat jangka panjang. Mereka percaya China bersedia untuk mencipta lebih banyak peluang pembangunan dan menawarkan penyelesaian yang berharga untuk dunia.
Pandangan tersebut secara tidak langsung mencerminkan pemahaman bersama bahawa China yang komited untuk berkongsi peluang dan mengejar pembangunan bersama dengan semua negara semakin dilihat sebagai ‘oasis kepastian’ dalam dunia yang bergelora, serta terus menyumbang kepada kestabilan, kerjasama dan kemajuan global.
Pemodenan sosialis hanya boleh direalisasikan melalui proses sejarah pembangunan yang beransur-ansur dan berterusan. Tempoh FYP Ke-15 akan menjadi kritikal dalam proses tersebut kerana China berusaha untuk mengukuhkan asas-asas dan meneruskan ke hadapan dalam semua bidang ke arah merealisasikan pemodenan sosialis pada dasarnya.
- China Keluarkan Kertas Putih Garis Panduan Tadbir Urus di Xinjiang pada Era Baharu
- Bangunkan Sektor Kewangan Bercirikan China Demi Manfaat Rakyat
- Xi Gariskan Prinsip Baharu bagi Pembangunan Bandar Berorientasikan Rakyat
- People’s Daily Online Lancar Program Lawatan Kaji Selidik 2025
- Perkasa Pembangunan Berkualiti Tenaga Baharu: Xi
- China Enjin Pertumbuhan Ekonomi Global: Pakar AS
- Golongan Muda Sambut Baik Konsep Pembangunan China yang Berpaksikan Rakyat - Tinjauan
- Apa yang Sedang Berlaku di China dalam Masa Seminit?




