- Lain-lain
CIIE ke-8 Dirasmikan Hari Ini
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelapan akan dirasmikan di Shanghai, pada Rabu.
CIIE edisi ini akan menawarkan ruang pameran berskala ultra besar iaitu seluas lebih 430,000 meter persegi, sekali gus mencipta rekod baharu.
Dalam pada itu, sebanyak 4,108 perusahaan dari 155 buah negara akan menyertai pameran ini.
Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nigeria, Georgia, Sweden dan Colombia menjadi negara tamu kehormat.
CIIE kali ini terus mendirikan enam zon pameran utama iaitu peralatan perubatan dan penjagaan kesihatan, kenderaan dan pengangkutan pintar, peralatan teknologi, barangan pengguna, produk pertanian dan makanan, serta perdagangan perkhidmatan.
Selain itu, zon inkubasi inovasi turut dibina untuk mempamerkan produk dan teknologi berkaitan.
China kini menjadi pasaran pengguna dan import kedua terbesar di dunia.
Data terbaharu menunjukkan bahawa dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah import China mencatat 13.66 trilion yuan (RM8.04 trilion), iaitu import harian secara purata sebanyak 50 bilion yuan.
- Li Qiang Bakal Hadiri Majlis Perasmian CIIE
- Lebih 3,200 Syarikat Sahkan Penyertaan Untuk CIIE ke-8
- Pendaftaran Pelawat Profesional CIIE 2025 Dibuka
- Acara Promosi Pelaburan Wilayah CIIE di Hubei Himpun Lebih 300 Entiti
- Lebih 60 Peratus Ruang Pameran CIIE ke-8 Telah Ditempah
- CIIE ke-7: Beberapa Teknologi Canggih Buat Penampilan Sulung
- Pempamer Malaysia Kongsi Pasaran China di CIIE
- CIIE Bantu Produk LDC Tembusi Pasaran China
- CIIE Platform Penting Bagi Malaysia - Tengku Zafrul
- Tinjauan: China Pasaran Bebas yang Berdaya Saing




