China Tolak Tuduhan Tidak Berasas AS Berhubung Isu Iklim

(CRI)Jumaat 07 November 2025

Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang menolak dengan tegas berhubung tuduhan tidak berasas yang dilontarkan wakil Amerika Syarikat (AS) terhadap China pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai iklim dan keselamatan, hari ini.

Pada mesyuarat tersebut, wakil AS sebanyak dua kali telah menuduh China melepaskan jumlah karbon yang tinggi selain memfitnah China kononnya "memperoleh kelebihan ekonomi melalui cara tidak wajar dan mencemarkan alam sekitar," sambil memuji dasar alam sekitar AS sebagai "berjaya" dan "contoh" untuk semua negara.

Justeru, Geng memberikan respons sebanyak dua kali bagi menafikan tuduhan yang disifatkan sebagai tidak berasas yang dibuat oleh wakil AS itu.

Beliau menekankan bahawa China mempunyai populasi sebanyak 1.4 bilion, manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula menduduki tempat kedua di peringkat global.

Kadar sumbangan bagi pertumbuhan ekonomi dunia pula kekal lebih daripada 30 peratus secara purata tahun, namun pelepasan karbon per kapita China tidak berada pada tahap tinggi di peringkat global.

Sebaliknya, AS merupakan negara yang merekodkan jumlah pelepasan gas rumah hijau tertinggi dalam sejarah global, jumlah pelepasan karbon purata per kapita pula sentiasa berada pada tahap tertinggi di dunia.

Bahkan, AS juga secara terang-terangan menyatakan perubahan iklim adalah penipuan terbesar, sehingga dua kali menarik diri daripada Perjanjian Paris.

Tindakan AS itu secara serius telah menjejaskan usaha tadbir urus iklim global sekali gus menjadi halangan terbesar bagi kerjasama global dalam usaha menangani perubahan iklim.

Video

Berita Berkaitan