Beberapa Projek China Menang Anugerah GFHS 2025

(CRI)Jumaat 07 November 2025

Forum Habitat Global (GFHS) mengumumkan pemenang Anugerah Bandar dan Habitat Lestari Baharu edisi ke-20 pada 5 November lalu.

Beberapa projek China telah meraih penghargaan pada anugerah berprestij global berkenaan.

Menurut penganjur, Sekretariat GFHS telah menerima lebih 400 permohonan projek pada tahun ini dan akhirnya memilih 19 projek untuk dianugerahkan dalam 10 kategori termasuk Anugerah Bandar Pintar Hijau Global, Anugerah Reka Bentuk Perancangan Habitat Global, Anugerah Contoh Kemas Kini Bandar Lestari Global serta Anugerah Contoh Bangunan/Komuniti Pintar Hijau Global.

Sebanyak sembilan daripada 19 projek pemenang berasal dari China.

Projek pemenang lain tahun ini termasuk bandar Pulau Pinang, Malaysia; Taman Negara Sungai Zambezi dan Air Terjun Victoria, Zimbabwe; Taman Tommy Thompson, Kanada serta Sistem Pengurusan Sisa Bandar Pintar Artificial Intelligence (AI) Amerika Syarikat (AS).

Video

Berita Berkaitan