Rizab Mata Wang Asing China pada Akhir Oktober Naik kepada USD3.34 Trilion

(CRI)Isnin 10 November 2025

Rizab mata wang asing China pada akhir bulan Oktober mencatat USD3.3433 trilion (RM13.96 trilion), bertambah USD4.7 bilion (RM19.63 bilion) berbanding akhir September lalu, iaitu naik 0.14 peratus.

Demikian ditunjukkan dalam perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing Negara (SAFE) pada Jumaat.

Dimaklumkan, kenaikan itu disebabkan beberapa faktor seperti dasar kewangan dan jangkaan entiti ekonomi utama, statistik ekonomi makro, kenaikan dolar, dan kenaikan harga aset kewangan global secara menyeluruh.

Video

Berita Berkaitan