Industri Kranberi Bermekaran di Bandar Fuyuan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 November 2025

Berkotak-kotak kranberi dilihat di pangkalan penanaman kranberi di Bandar Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 26 September 2025. (Xinhua/Han Rui)

Terletak di bahagian paling timur kawasan darat China, Bandar Fuyuan di Provinsi Heilongjiang mempunyai ekosistem dan persekitaran yang ideal untuk penanaman kranberi.

Suatu ketika dahulu, kebanyakan kranberi diimport dari Amerika Utara. Namun, Bandar Fuyuan telah melakar kejayaan dalam pengeluaran kranberi sejak 2014, menerusi kerjasama antara kerajaan, syarikat, institusi penyelidikan dan kolej.

Dahulunya merupakan ladang eksperimen terbiar, ia kini telah berubah menjadi pangkalan penanaman terbesar untuk kranberi di China.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, Bandar Fuyuan menyaksikan rantai industri kranberi telah diperbesar dalam usaha mempelbagaikan lagi barisan produk; daripada jus dan aiskrim kepada bir dan kosmetik, yang kini berfungsi sebagai lembu kontan kepada ekonomi setempat.

Pada masa sama, skala pengeluaran yang berkembang juga telah menjadikan buah dan produk-produknya semakin mampu dimiliki oleh keluarga berstatus biasa.

Para pekerja sedang memeriksa pertumbuhan pembenihan kranberi di pusat R&D kranberi diBandar Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 6 November 2025. (Xinhua/Zhang Tao)

Seorang petugas sedang membungkus kranberi di bengkel kranberi di Bandar Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 6 November 2025. (Xinhua/Zhang Tao)

Seorang petugas mempromosi produk kranberi menerusi penstriman langsung di Bandar Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 7 November 2025. (Xinhua/Zhang Tao)

Seorang pekerja sedang menuai kranberi di pangkalan penanaman kranberi di Bandar Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 6 November 2025. (Xinhua/Zhang Tao)

Video

Berita Berkaitan