Persidangan Persatuan Orang Gutian ke-7 Diadakan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 12 November 2025
Persidangan Persatuan Orang Gutian ke-7 Diadakan
Ruan Shiwei, naib pengerusi Jawatankuasa Provinsi Fujian ke Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, menyampaikan ucapan semasa acara. Foto oleh Zheng Shuchen

Persidangan Persatuan Orang Gutian ke-7 membuka tirai di kaunti Gutian, bandar Ningde, provinsi Fujian pada pagi 11 November. Perantau dan tokoh-tokoh keturunan orang Gutian dari 33 negara dan wilayah di seluruh dunia telah berkumpul di Tasik Cui Ping untuk bersama-sama mengenang nostalgia dan merancang perkembangan kampung halaman mereka.

Antara dif yang hadir menyampaikan ucapan termasuk Ruan Shiwei, naib pengerusi Jawatankuasa Provinsi Fujian ke Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China; Mao Zuosong, anggota jawatankuasa tetap Jawatankuasa Parti Bandar Ningde merangkap ketua Jabatan Kerja Barisan Bersatu; dan Xu Feng, setiausaha Jawatankuasa Parti Kaunti Gutian.

Persidangan kali ini, yang bertepatan dengan ulang tahun ke-1,285 penubuhan kaunti Gutian, mengundang sembilan mantan setiausaha jawatankuasa parti kaunti serta majistret kaunti. Mereka diberikan penghormatan sebagai pelopor yang membimbing penduduk Gutian ke arah kemakmuran, dan bersama-sama menyaksikan kemajuan jangka panjang yang dilakar oleh Gutian dalam pembangunannya.

Acara turut mempromosikan beberapa projek pelaburan penting termasuk lapan kontrak yang dimeterai di lokasi, melibatkan bidang-bidang seperti pemprosesan cendawan, pelancongan budaya dan kesihatan serta sektor tenaga baru, dengan jumlah modal melebihi 5 bilion yuan.

Selain melancarkan Inisiatif Gutian Global, ketua kaunti Gutian Wu Xinqing telah menyempurnakan upacara penyerahan bendera bersama pengerusi Persatuan Kutien Sarawak, Malaysia.

Mao Zuosong, anggota jawatankuasa tetap Jawatankuasa Parti Bandar Ningde merangkap ketua Jabatan Kerja Barisan Bersatu menyampaikan ucapan semasa acara. Foto oleh Zheng Shuchen
Xu Feng, setiausaha Jawatankuasa Parti Kaunti Gutian, menyampaikan ucapan. Foto oleh Zheng Shuchen
Lapan projek dimeterai semasa acara. Foto oleh Zheng Shuchen
Presiden Pengasas Persatuan Gu-tian Sabah, Malaysia. Foto oleh Zheng Shuchen
Upacara penyerahan bendera. Foto oleh Zheng Shuchen

Video

Berita Berkaitan