Penutupan Kerajaan AS Berlarutan, 60,000 Pekerjaan Sektor Swasta Terjejas

(CRI)Jumaat 14 November 2025

Penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berterusan dikhuatiri akan menyebabkan kehilangan 60,000 pekerjaan dalam sektor swasta ekoran pengeluaran yang merosot.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Majlis Ekonomi Nasional Rumah Putih, Kevin Hassett pada Khamis.

Beliau berkata, anggaran terkini Majlis Penasihat Ekonomi menunjukkan kerugian ekonomi yang dicatatkan akibat penutupan kerajaan akan mencecah sehingga USD15 bilion seminggu.

Video

Berita Berkaitan