Minggu China-ASEAN 2025 Buka Tirai di Fuzhou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 18 November 2025

Majlis pembukaan Minggu China-ASEAN 2025. (People's Daily Online /Li Weiyi)

Majlis pembukaan Minggu China-ASEAN 2025. (People's Daily Online /Li Weiyi)

“Berkongsi Nasib: Mengaitkan Wawasan ASEAN 2045 dengan Pemodenan Ala China”, tema Minggu China-ASEAN 2025 yang membuka tirai di Fuzhou, provinsi Fujian, pada 17 November.

Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Shi Zhongjun dalam ucapannya menyifatkan Wawasan 2045 tersebut, yang merupakan hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 Mei lalu, sebagai amat konsisten dengan matlamat pemodenan ala China.

Jelas beliau, kedua-duanya menjunjung falsafah pembangunan berpaksikan rakyat, menitikberatkan pembangunan mampan dan transformasi hijau, mengutamakan inovasi dan ekonomi digital, menggalakkan kerjasama dan ketersambungan serantau, menyokong keinklusifan, dan bertujuan mengecilkan jurang pembangunan.

Dalam konteks ini, adalah menjadi matlamat acara tahun ini untuk mengintegrasi secara mendalam visi bersama ASEAN 2045 dan konotasi jalan pemodenan ala China, justeru memperkukuh perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN dan membina komuniti berkongsi masa depan yang lebih erat.

Ramai tetamu dari negara-negara ASEAN yang menghadiri majlis pembukaan telah menzahirkan rasa optimistik mereka.

Tapak acara Minggu China-ASEAN 2025. (People's Daily Online /Li Weiyi)

Tapak acara Minggu China-ASEAN 2025. (People's Daily Online /Li Weiyi)

Laporan Perkembangan Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN diumumkan pada acara. (People's Daily Online /Li Weiyi)

Laporan Perkembangan Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN diumumkan pada acara. (People's Daily Online /Li Weiyi)

Video

Berita Berkaitan