- Lain-lain
Guangxi Tubuh Dana Pelaburan Industri AI
Jabatan kewangan wilayah autonomi Zhuang Guangxi pada 23 September mengumumkan penubuhan sebuah dana pelaburan industri kecerdasan buatan dengan jumlah modal 10 bilion yuan. Sasarannya adalah untuk mendorong integrasi mendalam AI dengan ekonomi sebenar, sambil memperkasakan perkembangan pelbagai industri.
Pembangunan daya produktiviti berkualiti baru fokus utama jabatan tersebut, yang akan menumpukan penyaluran dana terhadap bidang-bidang seperti kecerdasan buatan, ekonomi digital, ekonomi altitud rendah, penderiaan jarak jauh Beidou, cip AI serta platform-platform pembangunan aplikasi model berskala besar.
Difahamkan, dana itu beroperasi menggunakan model dwienjin “subdana + pelaburan langsung”, dengan sekurang-kurangnya 80% modal diperuntukkan terhadap projek subdana dan tidak lebih 20% untuk pelaburan langsung dalam projek-projek perusahaan inovatif. Ini dipercayai akan merancakkan kemajuan teknologi, pengkomersialan hasil penyelidikan dan pelaksanaan aplikasi praktikal, justeru membantu Guangxi membina sebuah hab kerjasama AI dengan ASEAN.
Sebagai insentif, projek-projek yang pulangan pelaburannya tinggi akan menerima sehingga 100% pulangan berlebihan.
Seterusnya, jabatan kewangan Guangxi akan bekerjasama dengan badan-badan lain yang berkenaan untuk memacu penubuhan kluster dana AI agar menyokong inovasi teknologi seiring perkembangan industri AI.
- Syarikat Guangxi Usaha Tembusi Pasaran ASEAN, Manfaatkan E-dagang
- Lebih 3,000 Produk Baharu Debut Sempena Ekspo Industri Pintar Dunia 2025
- Xi Ucap Tahniah Perasmian Ekspo Industri Pintar Dunia 2025
- Pertandingan AI Buka Masa Depan Baharu Buat E-dagang Rentas Sempadan
- Guangxi Pamer Hasil Aplikasi AI dalam E-dagang Rentas Sempadan
- Import Eksport China-ASEAN Saksikan Pertumbuhan Selama 18 Bulan Berturut-turut
- Mesyuarat Menteri ASEAN-China 2025 Fokuskan Pembangunan Bermutu Tinggi dalam Sektor Pembinaan
- Pertukaran Lawatan Individu China-ASEAN Rekodkan 25.24 Juta dalam Lapan Bulan Pertama 2025
- Pusat Kerjasama Pengaplikasian AI China-ASEAN Dirasmikan
- "AI + e-Sukan" Nyala Masa Depan
- Makanan Jalanan Warnai Daya Hidup Industri di Luosifen
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- Buah-buahan ASEAN Gerakkan Guangxi Terus Inovasi Kastam, Logistik
- Pelancongan Cipta Peluang Pekerjaan Buat Penduduk Guangxi
- Pusat Inovasi AI China-ASEAN Tandatangani 67 Projek Kerjasama
- Guangxi Anjur Acara Popularisasi Sains, Galak Penglibatan Pelajar Sekolah
- Liuzhou Gerakkan Transformasi “AI + Pembuatan” di Guangxi
- AI Temu Sungai Ribuan Tahun, Guilin Bawa “Landskap Digital” ke CAEXPO
- Guangxi Perkenal Langkah Sokong Integrasi AI dalam Sektor Pembuatan
- Malam Sains China-ASEAN 2025 Berlangsung di Nanning