- Lain-lain
China, ASEAN, Bersama Inovasi Khidmat Selia Pasaran
Pusingan akhir Pertandingan Aplikasi Inovasi Khidmat Kawal Selia Pasaran yang diadakan di Nanning, Guangxi baru-baru ini, mengundang penglibatan pasukan peserta dari China dan negara-negara ASEAN.

Tapak pertandingan pusingan akhir. Foto ihsan penganjur
Pertandingan yang berlangsung di bawah program “AI for All: China-ASEAN” itu bertujuan menghimpunkan kepakaran, mendorong integrasi mendalam teknologi kecerdasan buatan dan kawal selia pasaran, meningkatkan kemampuan khidmat penyeliaan rentas sempadan, selain menyokong pembangunan berkualiti tinggi ekonomi rantau China-ASEAN.
Dimaklumkan, acara tersebut yang menjadi perhatian umum sejak pelancarannya, telah menarik penyertaan lebih 1,300 pasukan dari serata negara China serta lebih 100 pasukan dari ASEAN.

Tapak pertandingan pusingan akhir. Foto ihsan penganjur
Pertandingan sengit berakhir dengan pemilihan 13 pemenang kesemuanya, iaitu enam pasukan dari “Trek Aplikasi Inovasi Khidmat Pasaran Berbantu AI”, enam dari Trek Perkongsian Pembangunan Berkualiti Tinggi Entiti Perniagaan Berbantu AI” dan satu dari “Trek Cabaran Inovasi Kawal Selia Berbantu AI”.
Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 30 Oktober, diikuti satu pusingan akhir khusus untuk 15 pasukan peserta dari ASEAN.
- Kerjasama Kukuh China, ASEAN Jana Unsur Kepastian: MFA
- Pengguna AI Generatif di China Berjumlah 515 juta Orang
- Guangxi Perkukuh Kerjasama Belia dalam AI dengan ASEAN
- AI Teraju Ekonomi Digital Guangxi
- Sidang Pertukaran AI China-ASEAN Diadakan
- Guangxi Tubuh Dana Pelaburan Industri AI
- Syarikat Guangxi Usaha Tembusi Pasaran ASEAN, Manfaatkan E-dagang
- "AI + e-Sukan" Nyala Masa Depan
- Pusat Kerjasama Pengaplikasian AI China-ASEAN Dirasmikan
- Pertukaran Lawatan Individu China-ASEAN Rekodkan 25.24 Juta dalam Lapan Bulan Pertama 2025




