China Lancarkan Percubaan Komersial Perkhidmatan IoT Satelit

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 24 November 2025

Pelawat berjalan masuk ke arah venue Persidangan Internet Industri + 5G China 2025 di Wuhan, Provinsi Hubei, tengah China pada 21 November 2025. (Xinhua/Xiao Yijiu)

Pelawat berjalan masuk ke arah venue Persidangan Internet Industri + 5G China 2025 di Wuhan, Provinsi Hubei, tengah China pada 21 November 2025. (Xinhua/Xiao Yijiu)

China pada Ahad dilaporkan melancarkan percubaan komersial perkhidmatan Internet Kebendaan (IoT) satelit dalam usaha untuk mempelbagai bekalan buat pasaran komunikasi satelit serta menyokong pembangunan sihat dan selamat bagi industri baru muncul seperti aeroangkasa komersial dan ekonomi beraltitud rendah.

Menurut Persidangan Internet Industri + 5G China 2025 di Wuhan, Provinsi Hubei, percubaan komersial tersebut akan berlanjutan sehingga dua tahun dan menyokong perusahaan yang layak dalam melaksanakan perkhidmatan IoT satelit mengikut undang-undang dan peraturan.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, percubaan tersebut antara lainnya menyasarkan untuk merangsang daya hidup entiti pasaran, memperbaik keupayaan perkhidmatan industri, mewujudkan sistem kawalan keselamatan, serta membangunkan model dan pengalaman yang boleh diperbesar dan boleh sulih.

IoT satelit memanfaatkan teknologi komunikasi satelit untuk menghubungkan perantis besar di darat, di dalam laut, dan di udara, sekali gus menyediakan himpunan data dan perkhidmatan penyampaian.

Difahamkan, senario penggunaannya meliputi perikanan marin, pengangkutan dan logistik, tenaga dan sumber air, komunikasi kecemasan, ekonomi beraltitud rendah serta Internet perindustrian.

Sebagai satu komponen penting bagi infrastruktur baharu, pembangunan komunikasi satelit telah memasuki trek laju di China pada tahun ini, dengan kemajuan signifikan telah terhasil dalam pembinaan gugusan, penemuan baharu teknologi dan pembangunan industri.

Pada Ogos 2025, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China mengeluarkan panduan terhadap pengoptimuman akses pasaran untuk mempromosi pembangunan industri komunikasi satelit, yang menggariskan pelan komprehensif dan pendekatan sistematik terhadap pembukaan perkhidmatan komunikasi satelit.

Video

Berita Berkaitan