- Lain-lain
Kraf Tradisional Pacu Pemulihan Luar Bandar di Yongkang
Pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ke-8 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini di Shanghai, Sheng Yiyuan, seorang wakil pewaris warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan ukiran timah telah memberi panduan kepada pengunjung tentang pembuatan ukiran timah.
Lebih menarik, hasil seni beliau yang menggabungkan secara praktikal dengan kesenian, sekali gus menarik perhatian ramai pembeli antarabangsa.
Sheng berasal dari Yongkang, sebuah bandar di Provinsi Zhejiang, timur China. Bandar itu, yang dikenali sebagai ‘Ibu Kota Perkakasan’, menempatkan sebanyak 110 projek warisan budaya tidak ketara.

Sheng Yiyuan, seorang wakil pewaris warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan ukiran timah, memaparkan hasil ukiran timah. (People’s Daily/Gu Zhongyang)
Ukiran timah di Yongkang bermula sejak zaman Lima Dinasti (907-960). Walau bagaimanapun, susulan daripada terdapatnya penggantian bahan di samping harga timah yang semakin meningkat, kraf kuno tersebut mendepani ancaman yang dahsyat, meskipun selepas disenaraikan sebagai projek warisan budaya tidak ketara kebangsaan pada 2008.
Sheng melancarkan inisiatif untuk melindungi kraf tersebut. Beliau membangunkan pangkalan data untuk ukiran timah, mendokumentasikan empat elemen teras iaitu asas, corak, tandatangan dan teknik, berserta maklumat lanjutan daripada koleksi, arkeologi dan dokumen.
Pangkalan data lebih 10 terabit akan menyokong reka bentuk, pembangunan harta intelek kreatif dan aktiviti penyelidikan sebaik sahaja ia boleh diakses oleh orang ramai.
Sheng juga menerajui projek pengalaman realiti maya untuk ukiran timah Yongkang, yang menarik lebih 30,000 kunjungan pelancong semasa cuti Hari Buruh tahun ini pada awal Mei. Dengan mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI), beliau menghasilkan reka bentuk corak dengan memasukkan kata kunci seperti bekas teh, asal usul atau gaya artistik, sekali gus memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk yang diperibadikan.
Cheng Yuquan, seorang pakar seni dan kraf dari Zhejiang, membesar dengan mempelajari kemahiran ini daripada bapanya, Cheng Zhuchang. Pada 1983, Cheng Zhuchang membuat pemerhatian bahawa terdapat peningkatan populariti pelancongan di kawasan pemandangan berdekatan dan mendapati kekurangan cenderahati buatan tempatan.
Tanpa mengambil masa yang lama untuk bertindak, beliau menubuhkan sebuah kilang kraf pada tahun berikutnya untuk menghasilkan cenderahati. Dua beranak itu kemudiannya menggabungkan arca tembaga dengan patung plaster untuk mencipta pelbagai kraftangan, termasuk arca tembaga, kepingan batu akik, dan patung tanah liat tiruan, yang terbukti popular di kalangan pengunjung.
Pada 1995, Cheng Yuquan membuka sebuah syarikat arca, yang kemudiannya terus menjadi nama terkemuka dalam industri arca tembaga di dalam dan luar negara.
Cheng Yuquan berbangga dengan hakikat bahawa anaknya, Cheng Yi, mengambil alih perniagaan itu selepas tamat pengajian dari universiti.
Cheng Yi memperkenalkan barangan inovatif seperti bekas abu rokok dan lambang kereta dan mendaftarkan tanda dagangan arca tembaga, yang menjana nilai jenama yang ketara.
Selain diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk industri perkakasannya, Yongkang merupakan rumah kepada pelbagai projek warisan budaya tidak ketara, termasuk ukiran akar, sulaman, pemotongan kertas, kraf belacu biru, dan tenunan buluh.

Foto memperlihatkan bilik pameran sebuah bengkel pewarna semula jadi di Yongkang, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily/Gu Zhongyang)
Pada suatu hari musim sejuk yang cerah dengan sinaran mentari, para pengunjung berpusu-pusu ke kampung Dachen di pekan Qiancang, Yongkang. Di bengkel pewarna semula jadi, fabrik biru berkibar di kawasan pengeringan. Di dalam bilik pameran, pelbagai produk, seperti skirt berwajah kuda, kemeja dan selendang telah berjaya menarik perhatian, manakala barangan harian seperti kusyen dan payung juga dipamerkan.
Li Haiyan ialah pewaris teknik pewarnaan nila Yongkang peringkat perbandaran. Di bengkelnya, beliau dengan teliti menggunakan pisau ukiran untuk mencipta imej figura mitos Ne Zha yang menunggang roda api anginnya di atas fabrik.
Untuk mempromosikan kraf dan meningkatkan pemulihan budaya luar bandar, Li menawarkan kelas pengalaman di mana para pengunjung boleh mencipta reka bentuk dan corak mereka sendiri.
Secara tidak langsung, ia membolehkan mereka untuk dihargai secara lebih mendalam terhadap budaya tradisional. Tahun lepas, kelas pengalamannya menarik lebih 10,000 kunjungan peserta merentasi lebih 300 sesi.
Pemulihan projek warisan budaya tidak ketara telah meningkatkan populariti dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan. Lebih 80 peratus penduduk kampung di Dachen kini mendapat manfaat daripada pelancongan. Tahun lepas, kampung itu menerima hampir 400,000 kunjungan pelancong, dengan purata pendapatan setiap penduduk kampung mencecah RMB48,000 (kira-kira AS$6,766).
Dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini, 31 bengkel warisan budaya tidak ketara di Yongkang menjana lebih RMB4.3 bilion dalam jualan dan mewujudkan 10,677 pekerjaan.
- Artisan Pelihara Kraf Teko Teh Kayu Purba di Kaunti Jingxian
- Kraf Anyaman Rotan Dorong Penduduk Hanzhong Menuju Kemakmuran
- Seni Seramik Beri Nafas Baharu Buat Luoyang
- Kraftangan Tibet Semakin Terkenal
- Anyaman Buluh Nandu: Dari Hujung Jari, Ke Seberang Lautan Luas
- Minat Terhadap Bunga Kaca Terus Mekar
- Kontinjen Malaysia Hadiahkan Kraf Tangan kepada Muzium Sukan Asia Hangzhou
- Pameran Dwitahunan Kraftangan Kreatif Antarabangsa Ke-6 Tutup Tirai




