Pengisihan Buah Pintar Rancakkan Penjualan Oren Navel di Jiangxi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 26 November 2025
Pengisihan Buah Pintar Rancakkan Penjualan Oren Navel di Jiangxi
Foto menunjukkan pekerja sedang mengisih dan membungkus oren navel menggunakan peralatan pintar di sebuah syarikat pertanian moden di pekan Chetou, kaunti Anyuan, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)

Di sebuah syarikat pertanian moden di pekan Chetou, kaunti Anyuan, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China, beberapa barisan mesin pintar kelihatan sedang beroperasi pada kelajuan tinggi, sementara para pekerja pula sibuk mengisih dan membungkus oren navel.

Difahamkan, perusahaan tersebut mengoperasikan lapan barisan penggredan dan ujian tanpa musnah, yang memproseskan sehingga 1,000 tan buah setiap hari.

Sebagai perusahaan pertanian terkemuka peringkat kebangsaan, syarikat tersebut menggabungkan penanaman, penstoran, pengawetan dan pemprosesan, sekali gus membentuk satu rantaian industri yang lengkap.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Ganzhou telah memperkenalkan teknologi pemprosesan baharu, termasuk pengukuran kandungan gula yang tepat, pengecaman bentuk berasaskan AI, dan penggredan pintar dalam usaha menjadikan proses pengisihan lebih cekap.

Kesemua kemajuan tersebut telah menambah baik kualiti buah dan memperkukuh nilai jenama oren navel Ganzhou, seterusnya memberikan sokongan teknologi dan saintifik yang padu buat pertumbuhan industri oren tempatan.

Foto menunjukkan pekerja sedang mengisih dan membungkus oren navel menggunakan peralatan pintar di sebuah syarikat pertanian moden di pekan Chetou, kaunti Anyuan, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)
Foto menunjukkan pekerja sedang mengisih dan membungkus oren navel menggunakan peralatan pintar di sebuah syarikat pertanian moden di pekan Chetou, kaunti Anyuan, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)
Foto menunjukkan pekerja sedang mengisih dan membungkus oren navel menggunakan peralatan pintar di sebuah syarikat pertanian moden di pekan Chetou, kaunti Anyuan, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)
Foto menunjukkan pekerja sedang mengisih dan membungkus oren navel menggunakan peralatan pintar di sebuah syarikat pertanian moden di pekan Chetou, kaunti Anyuan, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)
Foto menunjukkan pekerja sedang mengisih dan membungkus oren navel menggunakan peralatan pintar di sebuah syarikat pertanian moden di pekan Chetou, kaunti Anyuan, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)
Foto menunjukkan pekerja sedang mengisih dan membungkus oren navel menggunakan peralatan pintar di sebuah syarikat pertanian moden di pekan Chetou, kaunti Anyuan, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)

Video

Berita Berkaitan