Muzium China Dakapi Transformasi Digital, Tawar Pengalaman Imersif Buat Pengunjung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 Disember 2025

Seorang pengunjung menyentuh sebuah skrin sentuh untuk melihat transkripsi slip buluh di Muzium Jingmen, Jingzhou, Provinsi Hubei di tengah China. (Foto oleh Zhao Ping)

Seorang pengunjung menyentuh sebuah skrin sentuh untuk melihat transkripsi slip buluh di Muzium Jingmen, Jingzhou, Provinsi Hubei di tengah China. (Foto oleh Zhao Ping)

Teknologi digital merupakan asas dalam pembentukan semula hubungan antara muzium di serata China dengan para pengunjung. Sama ada pintu muzium terbuka atau tertutup, pengunjung kini boleh menerokai artifak berdefinisi tinggi dan menyertai kerja-kerja pemulihan dan penggalian arkeologi.

Pada Oktober lalu, Muzium Istana mengumumkan satu penambahbaikan besar-besaran terhadap Perpustakaan Koleksi Digital, dengan menambah imej beresolusi tinggi sebanyak 50,000 artifak ke dalam pangkalan data dalam taliannya. Kini, platform itu menampilkan lebih daripada 150,000 barangan, yang membolehkan pengguna untuk belajar dan menghargai khazanah dan budaya China pada bila-bila masa.

Di Provinsi Shanxi, utara China, Pagoda Kayu Yingxian, iaitu struktur kayu berbilang tingkat yang tertua dan tertinggi di dunia sebelum ini menghadapi cabaran sejak berabad lama akibat kerosakan demi kerosakan. Saban tahun, mercu tanda purba tersebut terus menyenget sedikit demi sedikit.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Kumpulan Lenovo telah bekerjasama dengan Fakulti Seni Bina Universiti Tsinghua pada 2023 untuk melancarkan projek ‘Pagoda Kayu Yingxian Pintar’ dan memperkenalkan solusi pemeliharaan warisan budaya pertama China yang berpandukan pengkomputeran reruang dan kandungan janaan AI (AIGC) pada April 2024.

Inisiatif tersebut telah menghasilkan satu kembar digital pagoda, yang secara terperincinya membina semula struktur lengkap secara lapisan demi lapisan. Replika maya tersebut mengandungi evolusi bersejarah pagoda, mencipta semula momen-momen penting yang membolehkan menara itu melangkaui masa dan hidup semula dalam dunia digital.

Pengunjung memakai cermin mata realiti maya di Muzium Kebudayaan Terusan Besar Dinasti Sui-Tang di bandar Luoyang, Provinsi Henan di tengah China. (Foto oleh Zhang Guanghui)

Pengunjung memakai cermin mata realiti maya di Muzium Kebudayaan Terusan Besar Dinasti Sui-Tang di bandar Luoyang, Provinsi Henan di tengah China. (Foto oleh Zhang Guanghui)

Di Provinsi Gansu, barat laut China, sebuah platform digital yang diberi nama ‘Gua Perpustakaan Digital’ telah dilancarkan secara bersama oleh Akademi Dunhuang dan Tencent di bawah panduan Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan pada 2023, menampilkan duplikasi maya Gua Perpustakaan Groto Mogao, iaitu sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO di bandar Dunhuang.

Platform ini menggunakan pengimbasan digital berdefinisi tinggi, pemaparan berasaskan fizik, pencahayaan global dinamik dan permainan awan untuk membina semula Gua Perpustakaan dan koleksinya yang mengandungi lebih 60,000 manuskrip dengan jelas.

Pada September 2023, projek tersebut memenangi gelaran ‘Bintang Cemerlang’ di Anugerah Global 2023 untuk Kes Inovatif Pendidikan Warisan Dunia oleh UNESCO.

Pada April 2024, ‘Gua Perpustakaan Digital’ tersedia dalam bahasa Inggeris dan Perancis, membolehkan pengguna Eropah menerokanya secara maya dan memperoleh pandangan yang lebih mendalam tentang warisan budaya China.

Teknologi baharu muncul juga membuka kemungkinan baharu untuk pemeliharaan artifak, penemuan arkeologi dan penyertaan pelawat.

Pada 29 Oktober, ejen AI skrip tulang orakel pertama di dunia telah dilancarkan bersama oleh Universiti Normal Anyang, Tencent dan institut penyelidikan AI Universiti Xiamen di bandar Anyang, Provinsi Henan di tengah China. Pengguna hanya perlu memuat naik imej tulang oracle dan ejen AI akan mengenal pasti aksara, memberikan tafsiran, mengesan rujukan dan menjana gosokan digital.

Dai Qionghai, seorang ahli akademik di Akademi Kejuruteraan China, berkata bahawa kerjasama selama tiga tahun sekitar ‘AI + skrip tulang oracle’ telah menghasilkan teknologi baharu, hasil yang mengikut piawaian dan alatan dalam talian.

Pengunjung melawat Muzium Yinxu, sebuah muzium untuk Tapak Warisan Dunia Yinxu di Anyang, Provinsi Henan di tengah China. (Foto oleh Fu Xiaofang)

Pengunjung melawat Muzium Yinxu, sebuah muzium untuk Tapak Warisan Dunia Yinxu di Anyang, Provinsi Henan di tengah China. (Foto oleh Fu Xiaofang)

Di Muzium Tiga Gaung Chongqing China, Pawagam Digital Budaya Tiga Gaung telah dilancarkan pada tahun lalu sebagai platform digital terbuka yang dikhususkan untuk mempamerkan budaya Tiga Gaung dan mempromosi peradaban Sungai Yangtze.

Menerusi realiti maya dan teknologi-teknologi lain, platform itu membolehkan pelawat untuk menyelami dalam budaya Tiga Gaung.

Pendekatan digital memberikan kelebihan yang tidak boleh ditandingi oleh lawatan fizikal. Ia menawarkan perincian yang lebih halus, selain akses tanpa mengenal waktu.

Pelawat menerokai khazanah kebangsaan dengan bantuan teknologi digital di Muzium Yuncheng, Provinsi Shanxi di utara China. (Foto oleh Yan Xin)

Pelawat menerokai khazanah kebangsaan dengan bantuan teknologi digital di Muzium Yuncheng, Provinsi Shanxi di utara China. (Foto oleh Yan Xin)

Video

Berita Berkaitan