Venezuela Bantah Keputusan Mahkamah AS “Jual secara Paksa” Citgo Petroleum

(CRI)Rabu 03 Disember 2025

Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez mengutuk sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) yang memerintahkan "penjualan secara paksa" syarikat Citgo Petroleum.

Menerusi kenyataan pada Selasa, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai merampas aset seluruh rakyat Venezuela.

Citgo Petroleum merupakan syarikat petroleum yang berpangkalan di AS dengan pemegang saham terbesarnya ialah syarikat minyak negara Venezuela, Petróleos de Venezuela, S.A. (PDVSA).

Baru-baru ini, AS dilihat berterusan melakukan campur tangan dan ancaman ketenteraan terhadap Venezuela.

Berdasarkan keputusan tinjauan umum yang dijalankan Hinterlaces pada Selasa, sebanyak 90 peratus responden dari Venezuela berpendapat bahawa tujuan sebenar operasi AS adalah merampas sumber alam termasuk petroleum di Venezuela.

Video

Berita Berkaitan