China Kini Pembekal Baja Terbesar Brazil

(CRI)Khamis 04 Disember 2025

China mengatasi Rusia dan menjadi pembekal baja kimia terbesar bagi Brazil, menurut laporan yang dikeluarkan Konfederasi Pertanian dan Ternakan Brazil pada Selasa.

Jumlah eksport baja kimia China ke Brazil mencapai 9.76 juta tan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, iaitu kira-kira 25 peratus daripada jumlah import baja kimia negara itu.

Berdasarkan jumlah import, lima negara pembekal baja kimia terbesar Brazil ialah China, Rusia, Kanada, Maghribi dan Mesir.

Video

Berita Berkaitan