Sayap Kanan Jepun Sudah Biasa Cipta "Narasi Palsu" - Kementerian Luar China

(CRI)Khamis 18 Disember 2025

China menuntut segelintir politikus Jepun untuk berhenti memanipulasi narasi palsu, menarik balik kenyataan salah, menunaikan komitmen dan memberikan penjelasan yang bertanggungjawab kepada China dan masyarakat antarabangsa.

Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Rabu.

Menurut laporan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (NSC) Jepun, Ichikawa Keiichi baru-baru ini berkomunikasi dengan Britain, Perancis dan Jerman untuk menjelaskan pendirian Jepun berhubung Taiwan dan membantah dakwaan China tentang kenyataan Sanae Takaichi.

Menurut laporan berkenaan, terdapat pihak di Jepun yang mendakwa negara itu sebagai sebuah "negara yang cintakan keamanan" selain menyifatkan kritikan China terhadap Jepun sebagai "tidak selari dengan fakta".

Sebagai respon terhadap laporan tersebut, Guo berkata tindakan itu jelas memperlihatkan sikap segelintir pihak di Jepun yang gemar memutar belit kebenaran, enggan mengakui kesalahan serta berpura-pura tidak bersalah bagi meraih simpati antarabangsa.

"Sayap kanan Jepun sudah biasa mencipta naratif palsu, termasuk menggambarkan pencerobohan terhadap negara-negara jiran Asia sebagai "pembebasan Asia", meremehkan kekejaman Pembantaian Nanjing dengan menamakannya sebagai "Kejadian Nanjing", memutihkan imej Unit 731 sebagai "Unit Penyelidikan Kesihatan" serta memutarbalikkan fakta buruh paksa dan 'hamba seks' sebagai 'sukarela'.

"Selepas Perang Dunia II, Jepun mencipta narasi 'mangsa' perang, tetapi mengelakkan daripada mengakui kuasa militarisme sebagai sumber peperangan,”kata Guo lagi.

Video

Berita Berkaitan