China Gesa Kemboja, Thailand Henti Pertempuran dan Pulihkan Kepercayaan

(CRI)Jumaat 19 Disember 2025

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan telefon secara berasingan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn serta Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai pada Khamis.

Sokhonn dan Pramudwinai memaklumkan perkembangan terkini konflik sempadan Kemboja-Thailand, dan juga menyampaikan hasrat masing-masing untuk meredakan ketegangan dan menghentikan pertempuran.

Wang berkata perkara yang paling utama adalah membuat keputusan untuk menghentikan pertempuran secepat mungkin, mengelak daripada berlakunya kerosakan lebih serius, dan memulihkan semula kepercayaan antara satu sama lain.

Tegas beliau, China memberikan sokongan penuh penyelesaian kawasan sempadan yang dipertikaikan Kemboja-Thailand dilakukan menerusi rundingan damai, dilakukan secara adil dan saksama, serta menjunjung usaha pengantaraan negara-negara ASEAN.

Kedua-dua negara diharap dapat mengambil langkah berkesan untuk menjamin keselamatan projek dan kakitangan China, serta berwaspada terhadap individu yang menyebarkan khabar palsu untuk mencemari hubungan persahabatan antara China dengan kedua-dua negara tersebut.

Sementara itu Sokhonn dan Pramudwinai mengalu-alukan diplomasi yang dilakukan utusan khas China, dan berharap China dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan.

Video

Berita Berkaitan