Thailand, Kemboja Harus Bertenang dan Bertindak Sehaluan: MFA

(CRI)Jumaat 14 November 2025

Beijing meluahkan harapan agar Thailand dan Kemboja kekal bertenang, bertindak sehaluan, melakukan perbincangan ikhlas dan memanfaatkan mekanisme bilateral yang sedia ada.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian berkata China mengambil maklum mengenai perkembangan terkini serta masalah yang muncul dalam pelaksanaan perjanjian damai oleh Thailand dan Kemboja.

Selaku sahabat dan jiran dekat, China berharap kedua-dua negara itu dapat menemui penyelesaian yang boleh diterima bersama dengan secepat mungkin bagi mengelakkan situasi bertambah buruk, ujar beliau.

Lin turut mengulangi komitmen China untuk meneruskan peranan konstruktif dalam membantu mewujudkan perdamaian antara dua negara itu.

Video

Berita Berkaitan