China Sedia Main Peranan Redakan Konflik Kemboja-Thailand

(CRI)Jumaat 12 September 2025

China bersedia terus memainkan peranan konstruktif untuk mewujudkan gencatan senjata berkekalan di sempadan Kemboja-Thailand dan mendorong pemulihan hubungan kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan utusan khas Kementerian Luar China, Deng Xijun ketika mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari Thailand, Kemboja dan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

Pertemuan yang diadakan pada Selasa itu membincangkan mengenai konflik di sempadan Kemboja-Thailand.

Wakil ketiga-tiga negara memuji usaha pengantaraan China dalam meredakan konflik sempadan Kemboja-Thailand, selain berharap China terus memainkan peranan konstruktif dalam hal tersebut.

Video

Berita Berkaitan