Malaysia Komited Terus Sokong Dialog Damai Thailand-Kemboja

(CRI)Khamis 11 Disember 2025

Malaysia akan terus menyokong dialog damai Thailand-Kemboja, kekal berpegang kepada penyelesaian pertikaian berasaskan undang-undang antarabangsa, mengukuhkan kerjasama serantau serta bersinergi menjaga kestabilan dan keselamatan serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan itu menerusi hantaran di platform media sosial pada Rabu, selepas menghubungi pemimpin Thailand dan Kemboja mengenai situasi semasa di sempadan kedua-dua negara itu.

Anwar berkata kedua-dua pihak menunjukkan sikap terbuka dan kesediaan untuk meneruskan rundingan, dengan harapan dapat meredakan ketegangan dan mengelakkan sebarang salah faham yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Video

Berita Berkaitan