Konflik Sempadan Thailand-Kemboja Kembali Tegang

(CRI)Isnin 08 Disember 2025

Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja kembali meningkat selepas kedua-dua pihak saling menuduh melancarkan serangan di kawasan sempadan sejak malam semalam.

Pihak tentera Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, tentera Kemboja telah melepaskan tembakan menyasar beberapa lokasi di wilayah Thailand pada Ahad malam dan awal pagi Isnin.

Menurut laporan pihak berkuasa Thailand, seorang anggota tentera terbunuh manakala empat lagi cedera dalam pertempuran itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja mendakwa tentera Thailand yang memulakan serangan pada pukul 5.04 pagi Isnin, menyasarkan beberapa posisi tentera Kemboja di sepanjang sempadan kedua-dua negara termasuk kawasan sekitar Kuil Preah Vihear.

Video

Berita Berkaitan