Minggu Filem China ke-7 Dirasmikan di Dubai

(CRI)Isnin 22 Disember 2025

Minggu Filem China Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke-7 dirasmikan di Dubai pada Sabtu, dihadiri kira-kira 100 wakil dari industri perfileman kedua-dua negara.

Konsul General China ke Dubai, Wang Yi ketika berucap pada majlis perasmian menyatakan bahawa hubungan China-UAE kini berada di fasa terbaik dalam sejarah.

Beliau turut menzahirkan harapan agar minggu filem China dapat membuka jendela kepada penonton tempatan untuk mengenali keadaan sebenar China dari pelbagai dimensi.

Minggu filem China edisi ini dianjurkan bersama oleh Pentadbiran Filem China, Kedutaan Besar China ke UAE dan Konsulat General China di Dubai. Ia akan berlangsung dari 20 hingga 23 Disember.

Video

Berita Berkaitan