Pesta Filem Antarabangsa Beijing Ke-14 Dirasmikan

(CRI)Jumaat 19 April 2024

Pesta Filem Antarabangsa Beijing (BJIFF) ke-14 telah dirasmikan di Pusat Persidangan Antarabangsa Yanqihu di bandar Beijing semalam.

Naib Ketua Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong berkata, Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping pernah menegaskan, kebudayaan dan kesenian boleh membantu umat manusia mengenali hati budi masing-masing dan merancakkan interaksi di persada dunia. 

"Seni perfileman berperanan istimewa dalam usaha mendorong pertukaran dan saling belajar antara tamadun berlainan. BJIFF sebagai wahana pewaris kebudayaan tradisional dan refleksi nilai-nilai zaman moden, konsisten membawa impak yang semakin besar dalam senario global sejak berlangsungnya edisi pertama pada empat belas tahun. Selaku pihak penganjur bersama dengan kerajaan bandar Beijing, CMG berharap agar berganding bahu dengan sektor perfileman dan TV menyajikan cerita-cerita tentang China pada era baharu dan menggalakkan pertukaran antara tamadun yang berlainan, yang dilihat boleh dijadikan momentum yang berkekalan bagi membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata Shen.

Dimaklumkan, terdapat sebanyak 4,237 judul filem yang terdaftar dalam BJIFF 2024 yang akan berlangsung selama 9 hari, antaranya1,509 judul filem panjang iaitu satu rekod terbanyak dalam sejarah BJIIF, yang diserahkan dari 118 buah negara dan rantau bersiap merebut "Hadian Tiantan".

Video

Berita Berkaitan