Karnival Beli-belah, E-dagang Tiba di Nanning

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 22 Disember 2025
Karnival Beli-belah, E-dagang Tiba di Nanning
Tapak acara. (Foto ihsan penganjur)

Pesta beli-belah Shopping in China membawa kemeriahan ke Taman Nanhu, Nanning dengan pembukaan rasminya pada 19 Disember, serentak dengan Karnival e-Dagang Jalan Sutera Guangxi.

Acara itu bertemakan "Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0: Menjadikan Beli-belah di ASEAN Lebih Selamat, Lebih Mudah dan Lebih Menyeronokkan".

Difahamkan, Guangxi giat mempromosikan inisiatif e-dagang Jalur dan Laluan menyasarkan ASEAN, contohnya dengan penganjuran pesta buah-buahan ASEAN dan festival e-dagang sempena Hari Krismas.

Dalam tempoh antara Januari hingga November, volum import dan eksport e-dagang rentas sempadan Guangxi melebihi 45 bilion yuan, dengan lebih 30 bilion yuan daripadanya hasil perdagangan dengan ASEAN, suatu pertumbuhan sebanyak 11.7%. Lebih sepertiga daripada buah-buahan ASEAN seperti durian dan manggis yang diimport oleh China masuk menerusi pelabuhan-pelabuhan di Guangxi.

Tapak acara. (Foto ihsan penganjur)
Tapak acara. (Foto ihsan penganjur)
Acara terbahagi kepada beberapa zon pameran, termasuk Pavilion Produk Terpilih ASEAN, Hab Produk Premium Jalan Sutera Barat, dan Bazar Pengguna. (Foto ihsan penganjur)

Video

Berita Berkaitan