Operasi Kastam Berkecuali di FTP Hainan Bawa Manfaat kepada Global

(CRI)Jumaat 19 Disember 2025

China secara rasmi melancarkan operasi kastam berkecuali seluruh pulau di Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan bermula Khamis, satu langkah signifikan bagi meningkatkan keterbukaan bertaraf tinggi pada era baharu.

Pendapat umum antarabangsa percaya bahawa langkah ini bukan sahaja menyokong China untuk membina paradigma pembangunan baharu dan juga akan menjadi tanah baharu yang lebih terbuka untuk berkongsi peluang kepada global.

Pelancaran operasi kastam berkecuali di FTP Hainan dijangka membawa manfaat bukan sahaja kepada perniagaan dan individu malah pasaran ekonomi global.

Sejak dilancarkan, ia telah menarik perhatian di seluruh dunia.

Bagi sektor korporat, siri langkah seperti "tarif sifar, kadar tarif yang rendah, sistem cukai yang disederhanakan" bererti lingkungan manfaat yang lebih luas dan kos produksi yang lebih rendah.

Misalnya, perusahaan yang berdaftar di pulau Hainan dan memenuhi syarat berkenaan hanya perlu membayar cukai penghasilan sebanyak 15 peratus menjelang tahun 2027.

Selain itu, jumlah barangan bebas cukai juga akan meningkat daripada 1,900 item kepada lebih 6,600 item, sementara kadar barangan yang dikenakan kadar tarif sifar akan dinaikkan daripada 21 peratus kepada 74 peratus.

Sementara itu, aliran keluar dan masuk, logistik, aliran data, dan aliran modal di FTP Hainan turut menjadi lebih mudah.

Akhbar Russian Business Consulting (RBC) menganggap bahawa ini bermakna halangan perniagaan di Hainan akan dikurangkan ke tahap minimum.

Pandangan itu sememangnya tepat kerana para pelabur asing sedari awal lagi telah melakukan pelan secara aktif di Hainan, melihatkan kepada peluang yang muncul di pulau tersebut.

Data menunjukkan, penggunaan sebenar pelaburan asing di Hainan pada tiga suku pertama tahun ini meningkat 42.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi pelancong dari pelbagai negara, mereka juga dapat memperoleh banyak manfaat dari langkah tersebut.

Kini, dasar bebas cukai dan langkah kemudahan perjalanan seperti dasar bebas visa bagi warga dari 86 negara, telah menjadikan Hainan sebagai pusat konsumsi dan pelancongan antarabangsa.

Terletak di laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, Hainan mempunyai kelebihan geografi yang jelas.

Dengan melabur di sini, syarikat boleh mencapai matlamat "berpangkalan di Hainan, menembusi pasaran seluruh China, dan menjangkau rantau Asia-Pasifik", sekaligus memberi dorongan kepada perkembangan ekonomi serantau dan global.

Video

Berita Berkaitan