Sisik Ikan, Khazanah Berharga dari Laut Dalam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 24 November 2025

Minuman serbuk, suplemen cecair, tablet… deretan produk peptida kolagen ikan menyambut ketibaan rombongan wartawan People’s Daily Online yang mengunjungi pangkalan pengeluaran Hainan Huayan Collagen Technology Co., Ltd. baru-baru ini. Menerusi inovasi teknologi, syarikat tersebut menaik taraf dan mentransformasikan keluaran sampingan seperti sisik ikan dan kulit ikan untuk menghasilkan kolagen dipeptida siklik yang bermutu tinggi.

Sebuah syarikat nasional berteknologi tinggi yang juga tapak demonstrasi inovasi marin negara, Hainan Huayan giat memajukan pengeluaran peptida kolagen ikan, dan telah membentuk sebuah sistem teknologi teras yang meliputi seluruh rantaian industri berkenaan. Pangkalan industri peptida kolagen ikan kendaliannya di Haikou merekodkan output tahunan sebanyak 4,500 hingga 5,000 tan, dengan eksport ke lebih 50 negara dan wilayah seluruh dunia.

Hainan merupakan provinsi kepulauan yang penting. Sumber biologi marinnya yang pelbagai dan berkualiti tinggi menjadi daya tarikan utamanya, menurut Liang Xiaoli, pegawai kanan Hainan Huayan. Kata beliau, sumber marin tempatan secara semula jadinya menjamin kualiti bahan mentah.

Sejak 2024, Hainan giat menggalakkan perkembangan berkualiti tinggi ekonomi marinnya dengan berpandukan matlamat Pelan Tindakan Tiga Tahun (2024-2026), yang menyarankan agar nilai pengeluaran hasil marin ditingkatkan kadarnya sehingga 40% KDNK provinsi menjelang 2026.

Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan juga telah membawa pelbagai faedah berbentuk dasar. Jelas Liang Xiaoli, memandangkan tumpuan pelabuhan tersebut pada industri utama seperti ekonomi marin dan bioperubatan, Hainan Huayan telah menubuhkan makmal bersama dengan universiti tempatan untuk menarik bakat yang pulang dari seberang laut. Dimaklumkan, lebih 85% pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibentuk dianggotai bakat berpendidikan tinggi.

“Bakat penyelidikan kedoktoran kami berpeluang menikmati pelepasan cukai dan sokongan perumahan melalui dasar keutamaan yang ditawarkan oleh FTP, membolehkan mereka fokus pada penyelidikan.”

Dasar seperti tarif keutamaan dan kemudahan prosedur kastam mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan pengimportan bahan mentah serta pengeksportan produk. Insentif cukai pula mengurangkan tekanan perniagaan, yang kemudiannya dilaburkan semula terhadap R&D, manakala akses pasaran khas yang ditawarkan turut memudahkan kerjasama rentas sempadan dan kemasukan modal teknologi dari luar.

Sehubungan dengan pelancaran rasmi operasi kastam khas seluruh pulau oleh FTP Hainan yang dijadualkan pada 18 Disember, Liang percaya bahawa langkah ini akan meningkatkan lagi kecekapan pelepasan import dan eksport selain mengoptimumkan kos tarif, sekali gus membantu syarikat mengembangkan kapasiti pengeluaran dan meneroka pasaran antarabangsa.

“Faedah seperti aliran modal rentas sempadan yang lebih mudah dan penumpuan bakat antarabangsa akan membekalkan sokongan kuat untuk inovasi teknologi dan kerjasama rentas sempadan, mendorong globalisasi yang berkualiti tinggi bagi syarikat.”

Bengkel biologik di pangkalan pengeluaran Hainan Huayan, Haikou. Foto ihsan Hainan Huayan Collagen Technology Co., Ltd.

Bengkel biologik di pangkalan pengeluaran Hainan Huayan, Haikou. Foto ihsan Hainan Huayan Collagen Technology Co., Ltd.

Video

Berita Berkaitan