Trump Dakwa akan Lancar Serangan ke atas Negara Terlibat Penyeludupan Dadah ke AS

(CRI)Rabu 03 Disember 2025

PresidenAmerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai operasi serangan ke atas kapal yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan Laut Caribbean.

Trump mengaku tidak mengetahui mengenai dakwaan serangan kali kedua ke atas kapal Venezuela dan menegaskan bahawa White House tidak terlibat dalam insiden tersebut.

Beliau berkata Setiausaha Pertahanan Pete Hegset perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan serangan kali kedua terhadap kapal berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa AS akan melancarkan serangan ke atas mana-mana negara yang terlibat dalam penyeludupan dadah ke negara itu termasuk Venezuela.

Pada 2 September lalu, tentera AS melancarkan peluru berpandu ke atas sebuah kapal yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan Laut Caribbean selain melakukan serangan terhadap dua suspek yang terselamat serta menyebabkan kapal itu tenggelam.

Serangan itu mengakibatkan 11 orang maut dan insiden berkenaan telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan masyarakat antarabangsa sama ada serangan kedua itu boleh dianggap sebagai jenayah perang.

Video

Berita Berkaitan