- Lain-lain
Utusan Khas China Lakukan Diplomasi Ulang Alik bagi Redakan Konflik di Sempadan Kemboja-Thailand

Utusan Khas Kementerian Luar China atas Hal Ehwal Asia, Deng Xijun mengadakan kunjungan ke Kemboja dan Thailand dari 18 hingga 23 Disember, melakukan diplomasi ulang alik bagi meredakan konflik yang berlaku di sempadan kedua-dua negara tersebut, menurut Kementerian Luar.
Ini kali kedua Deng melakukan diplomasi ulang alik antara keduda-dua negara terbabit, berikutan kunjungan kali pertama pada 12 hingga 13 September lalu.
Deng berkata, China berharap Kemboja dan Thailand dapat berjalan sehaluan, memulihkan semula kepercayaan dan membina semula keamanan di kawasan sempadan.

Menurut beliau, yang paling mendesak pada masa ini adalah mewujudkan gencatan senjata secepat mungkin, menyambung semula dialog demi menyelesaikan pertikaian di sempadan secara damai.
"China menyokong usaha pengantaraan ASEAN, dan menyokong peranan penting Misi Pemerhati ASEAN dalam menyelia gencatan senjata.
"China bersedia untuk mencipta peluang dan platform bagi rundingan damai antara Thailand dan Kemboja," kata Deng.
Kemboja dan Thailand masing-masing menzahirkan penghargaan kepada pihak China yang menggalakkan penyelesaian secara damai melalui cara yang dapat diterima oleh semua pihak.
Kedua-dua negara itu juga menyatakan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi rapat dengan China untuk mendorong ketegangan situasi menjadi reda dan keamanan serta kestabilan dipulihkan di kawasan sempadan Kemboja-Thailand secepat mungkin.
- China Seru Kemboja, Thailand Henti Pertempuran, Pulihkan Keamanan
- China Gesa Kemboja, Thailand Henti Pertempuran dan Pulihkan Kepercayaan
- China Hantar Utusan Khas ke Sempadan Kemboja-Thailand, Galak Usaha Damai Segera
- China Secara Proaktif Dorong Rundingan Damai Kemboja, Thailand
- Malaysia Komited Terus Sokong Dialog Damai Thailand-Kemboja
- China Terus Komited Bantu Redakan Konflik Sempadan Thailand-Kemboja
- PBB Bimbang Pertempuran Semula di Sempadan Thailand-Kemboja
- Konflik Sempadan Thailand-Kemboja Kembali Tegang
- Thailand, Kemboja Harus Bertenang dan Bertindak Sehaluan: MFA
- Thailand Tidak Lagi Patuhi Perisytiharan Damai dengan Kemboja




