- Lain-lain
China, Laos, Myanmar dan Thailand Adakan Latihan Bersama di Sungai Lancang

China, Laos, Myanmar dan Thailand mengadakan latihan bersama 'Vision-2025' bagi menangani kejadian kecemasan di perairan Sungai Lancang di Jinghong, provinsi Yunnan pada pagi Khamis.
Latihan itu dijalankan badan penguat kuasa undang-undang dari empat negara yang terlibat dalam misi rondaan bersama di Sungai Mekong, dengan penyertaan 121 anggota dan 10 kapal.

Dengan memberi tumpuan kepada kerjasama membanteras jenayah rentas sempadan, latihan itu merangkumi lapan segmen antaranya termasuk operasi memintas di kawasan perairan dan mengeluarkan barang bawah air yang terlibat dalam kes jenayah.

Latihan berkenaan berjaya meningkatkan keupayaan badan penguat kuasa keempat-empat negara dalam memberi tindak balas kecemasan dan menjalankan operasi bersama bagi menjaga keselamatan Sungai Lancang-Mekong.
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, siri latihan seumpama telah dijalankan sebanyak sembilan kali dengan memberi tumpuan kepada usaha memerangi dadah, antikeganasan, membanteras jenayah rentas sempadan dan lain-lain.
- Rondaan Bersama Kali ke-157 di Sungai Mekong Berakhir
- Mesyuarat Peringkat Menteri Mengenai Penguatkuasaan Undang-undang Lancang-Mekong Berlangsung di Beijing
- Rondaan Bersama Kali ke-156 di Sungai Mekong Bermula
- Mesyuarat Menteri Luar ke-10 LMC Diadakan di Yunnan
- Jepun Patut Buat Pilihan Betul -- Menteri Luar Wang Yi
- Wang Yi akan Pengerusikan Mesyuarat Menteri Luar ke-10 LMC
- China, Myanmar Tandatangani Perjanjian Projek Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong 2025
- Rondaan Bersama Kali ke-155 di Sungai Mekong Bermula
- Sungai Lancang: Pemandangan Ladang Teres Musim Panas dari Udara
- Rondaan Bersama ke-150 di Sungai Mekong Berakhir




