China Hargai Kenyataan Rusia, Tegaskan Jepun Perlu Insaf Sejarah Pencerobohan

(CRI)Jumaat 26 Disember 2025

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian menyatakan penghargaan kepada rakan sejawatnya dari Rusia yang mengeluarkan kenyataan mengkritik rancangan pemimpin Jepun untuk melawat Kuil Yasukuni.

Bercakap dalam sidang media pada Jumaat, Lin berkata kuil tersebut menempatkan tablet peringatan bagi 14 penjenayah perang kelas A Perang Dunia Kedua, dan menjadi alat dan simbol semangat dan ideologi kepada pencerobohan militarisme Jepun.

Mengulas lanjut Lin berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, justeru Jepun patut melakukan refleksi terhadap sejarah pencerobohan, serta insaf terhadap jenayah militarisme yang telah dilakukan.

Jepun juga perlu memberi penghormatan kepada mangsa dan bukannya terus mengulangi kesilapan sama, kata Lin.

Video

Berita Berkaitan